Monday, December 13, 2010
SIAPALAH GURU ...
Guru ibarat sang mentari,
Hilang dicari, hadirnya ceria jati diri.
Guru ibarat lampu elektrik,
Mengajar mendidik tanpa serik.
Guru ibarat segores cahaya,
Memberi sinar hidup berjaya.
Guru ibarat setitik peluh mencium bumi,
Bakti dicurah sewajarnya dikagumi.
Guru ibarat emas berlian,
Nama harum jadi pujian.
Guru ibarat sesudu gula,
Kemanisannya diingati sampai bila-bila.
Guru ibarat setitik air di lautan,
Sabar gigih membina kekuatan.
Guru ibarat sang bulan,
Tempat merujuk menjadi taulan.
Guru ibarat intan permata,
Sinarnya terserlah merata-rata.
Guru ibarat lilin membakar diri,
Terkorban cair tanpa disedari.
Guru ibarat sebutir bintang berkelipan,
Tegur nasihatnya demi masa hadapan.
Guru ibarat ibu bapa,
Sayang sekali pengorbanannya sering dilupa.
Guru ibarat tongkat si buta,
Beban berat masih dinista.
Guru ibarat sebuah pelita,
Cahayanya samar sering dicaci dikata.
Guru ibarat duri berbisa,
Pelajar berasa tida selesa.
Guru ibarat panglima perang,
Kehandalannya menjadi tunggak penyerang.
Guru ibarat sebutir garam,
Kemasinannya penawar kehidupan suram.
Guru ibarat raja, pelajar umpama rakyat,
Mencorak kata, menyimpul frasa, terbina ayat.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU YANG MENGAJARKU SEJAK USIAKU 7 TAHUN HINGGA KINI AKU MENJADI INSAN BERGUNA...ALFATIHAH KEPADA GURU-GURUKU YANG TERLEBIH DAHULU DIJEMPUT MENEMUI ALLAH. HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALAS BUDI KALIAN.
Thursday, December 2, 2010
1000 Soalan Tatabahasa BM
CONGAK TATABAHASA 1
(SOALAN YG DIKUMPUL OLEH CIKGU FADZIL)
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat di bawah.
1. Farah tidak pernah melupai jasa kedua-dua orang tuanya. _____________, dia akan menghantar mereka untuk mengerjakan haji tahun ini.
A. Oleh demikian B. Namun beg C. Lantas D . Kemudian
2. Kemalangan jalan raya di negara kita ___________ dari tahun ke setahun.
A. menambah B. bertambah
C. penambahan D. ditambah
3. Abang ________ buluh untuk dibuat wau .
A. mengikis B. meraut
C. menarah D. mengupas
4. Menteri Pelajaran akan mengadakan lawatan __________ ke sekolah-sekolah di daerah Gombak.
A. sebentar B. sekejap
C. seketika D. singkat
5. Walaupun tempat tumpuan orang ramai itu telah indah tetapiMajlis Perbandaran Kota Bharu telah menjalankan pelbagai langkah untuk ________lagi tempat tumpuan orang ramai di kawasan tersebut.
A. memperindah B. mengindah
C. indahkan D. diindahkan
6. Ibu memasukkan __________ asam gelugor dan beberapa __________ garam ke dalam gulai.
A. sekeping …cubit B. seketul…..jemput
C. sehiris..cubit D. sepotong….genggam
7. Kematian ibu bapa Munawir memberi kesan yang dalam kepadanya.__________ dia tidak seperti dahulu.
A. Berikutnya B. Semenjak itu
C. Seterusnya D. Selanjutnya
8. Orang kaya yang sangat kedekut itu digelar ______ oleh penduduk kampung.
A. mata duitan B. hidung tinggi
C. tangkai jering D. kera sumbang
9. Peperiksaan UPSR tinggal sebulan sahaja. Liyana terpaksa______ untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
- membuka langkah B. membuka mata
- memeras otak D. memerah otak
10. Seluruh Malaysia berada dalam kegelapan apabila bekalan elektrik ______ semalaman.
A. tergendala B. terpadam
C. terputus D. tertunda
11. Seorang ahli jawatankuasa PIBG telah memberi __________ untuk menambahkan tabungan PIBG sekolah.
A. saranan B. keputusan
C. andaian D. amaran
12. Kerajaan telah mengambil tindakan drastik dengan _______ sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan keganasan.
A. menahan B. menyembunyikan
C. menyerbu D. menyumbat
13. Orang kaya itu berjaya ________ hati gadis yang cantik itu dengan hadiah-hadiah yang mahal.
A. menambat B. mengikat
C. memberkas D. menyimpul
14. Rakyat Malaysia dapat _______ segala pembangunan yang ada
sekarang, berkat perngorbanan pemimpin-pemimpin dahulu.
A. menjamah B. melalui
C. melayari D. menikmati
15. Ubat-ubatan tradisional biasanya ________ seperti hempedu dan ini biasanya tidak digemari oleh orang.
A. masam B. masin
C. pedas D. pahit
16. Badan pengemis itu __________ kerana sudah berminggu-minggu dia tidak mandi.
A. hanyir B. hangus
C. hangit D. hapak
17. Para remaja kita sekarang makin ramai yang ________ dalam kancah maksiat akibat pengaruh media barat.
A. terjatuh B. terlibat
C. terjerumus D. tergelincir
18. Kedua-dua tangan Ani _______ di permukaan kolam seolah-olah meminta pertolongan.
- terlambai-lambai B. terkapai-kapai
C. terhincut-hincut D. terkibar-kibar
19. ________ usianya sudah lanjut, ________ semangatnya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja amal tetap membara.
- Namun …… tetapi B. Sesungguhnya……. namun
C. Sungguhpun …… namun D. Walaupun ……. justeru itu
20. Harga ______ sabun mandi lebih murah daripada harga _____ akhbar.
- sebiji ….. sebuah B. sebuku ….. senaskhah
- sekotak …… segulung D. segelung ….. selonggok
21. _______ hidup yang semakin meningkat boleh membebankan golongan kurang berada.
A. Tahap B. Takat
C. Taraf D. Status
22. Dia berjaya ________ pingat emas dalam acara bina badan.
A. meraih B. menggondol
C. merampas D. memegang
23. Bilangan hakim perlu ditambah untuk menyelesaikan kes-kes yang _______
A. tertangguh B. menangguh
C. bertangguh D. menangguhkan
24. Mereka tidak suka _______ tentang perkara yang remeh-temeh.
A. membincang B. membebel
C. mengata D. membisik
25. Pak Borhan adalah _______ lembu daging yang berjaya di kampung itu.
A. peternak B. ternakan
C. menternak D. penternakan
26. Walaupun badan Fuziah kecil tetapi dia _________ untuk mengangkat kotak yang berat itu.
A. buah hati B. makan hati
C. ada hati D. bulat hati
27. Pada waktu petang, Encik Rahman sering membawa anaknya _______ di tepi sungai.
A. ambil angin B. buang angin
C. khabar angin D. atas angin
28. Teknologi maklumat semakin penting pada masa sekarang. _________ murid-murid sekolah digalakkan mempelajari cara menggunakan komputer.
A. Tambahan lagi B. Di samping itu
C. Oleh demikian D. Demikian
29. Sharozat hanya memerhati _______ rakan-rakannya sibuk membuat persediaan untuk majlis itu.
A. sedangkan B. kecuali
C. malahan D. melainkan
30. Beberapa orang _______ membantu pasukan penyelamat menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.
A. wartawan B. olahragawan
C. dermawan D. sukarelawan
31. Emak telah memotong tebu yang dibeli supaya kami semua mendapat _________
seorang.
A. sepotong B. sekerat
C. seruas D. seketul
32. Fatin menangis _________ kerana dimarahi oleh ibunya.
A. teresak-esak B. termanggu-manggu
C. tersedak-sedak D. terjerit-jerit
33. Puan Devi berkata bahawa dia tidak berniat langsung untuk _________ orang gajinya itu.
- memperhambakan B. diperhamba
C. menghamba D. hambakan
34. Pelajar-pelajar diminta _________ di dewan sekolah selepas waktu rehat.
A. berhimpun B. berjumpa
C. bersatu D. berkerumun
35. Datuk sedang ______ di Unit Rawatan Rapi, Hospital Seberang Jaya.
A. merawat B. dirawat
C. rawat D. merawati
36. Aku membaringkan diri di atas katil dan merasakan _______ tilamnya.
A. keempukan B. kegebuan
C. kelembutan D. keenakan
37. Murthy selalu ponteng kelas. _______, dia didenda oleh guru disiplin.
A. Justeru B. Namun begitu
C. Oleh sebab D. Bagaimanapun
38. ______wang yang lebih itu disimpan di bank.
A.Seeloknya B. Mengelokkan
C. Keelokan D. Seelok-eloknya
39. Husrin berjalan dengan _______ sebaik-baik sahaja hujan turun.
A. kencang B. laju
C. deras D. pantas
40. Naufal menyalakan unggun api dengan menggunakan _______mancis dan _______ kertas.
A.secebis …. Sekotak B.sebatang …. secebis
C.sepucuk …. Sebuku D.setangkai …. sekeping
41. Pengemis itu terpaksa mengalas perut dengan _________ nasi setiap
hari.
A. secubit B. segenggam
C. sekepal D. sesudu
42. Kelakuan Hartimi telah menjadi _____penduduk kampung kerana pakaiannya yang mencolok mata.
A. tikam lidah B. buah mulut
C. basuh mulut D. buah tangan
43. Sejak pagi sampai petang rumah Nur Jehan tidak putus-putus______ rakan-rakannya.
A. didatangi B. kedatangan
C. mendatang D. mendatangi
44. Kemalangan ngeri yang aku lihat tempoh hari masih _____ difikiranku.
A. bayang B. ingat
C. terbayang-bayang D. ingat-ingat
45. Perlaksanaan projek ini memerlukan semangat yang ________ dan usaha yang tidak kenal erti jemu.
A. kental B. megental
C. kentalan D. mengentalkan
46. Ahli Kelab Rakan Muda terpaksa ______ arus sungai yang deras itu.
A. melintasi B. mengharungi
C. menyelam D. melalui
47. Syafiq gemar ____ cerita seram di pawagam.
A. menuntun B. membaca
C. menonton D. menilik
48. Di belakang rumah saya terdapat ______ serai yang ditanam oleh ibu.
A. serumpun B. selonggok
C. serimbun D. setimbun
49. Ayah membeli tiga ____ petai daripada Pak Uda.
A. papan B. biji
C. buah D. untai
50. _____ kayu api yang telah padam itu dibuang oleh Ramli.
A. Sebatang B. Sekeping
C. Sepuntung D. Sebaris
CONGAK TATABAHASA 2
51. Di langit kelihatan beberapa _____ bintang.
A. biji B. kelompok
C. kumpulan D. bongkah
52. Faizal suka menganggap dirinya lebih tinggi dan mulia daripada orang lain. Sikap beliau yang angkuh sama seperti _____.
A. merak B. kancil
C. ungka D. singa
53. Kamarul telah dipilih _____ pasukan bola sepak Kelantan.
A. mengelok B. mengetuai
C. menguatkan D. mengusahakan
54. Semasa berada di puncak Menara Kuala Lumpur, Nazim dan adiknya berasa _______ apabila melihat ke bawah.
A. sayup B. gundah
C. gayat D. kecut
55. Muka Syahmi ________ muka ayahnya.
A. iram-iram B. iras-iras
C. sama-sama D. benar-benar
56. Ruba _______ gendang dan Hani _____ biola.
- memukul …. memetik B. memukul …. meneken
C. memukul …. menggesek D. memetik …. meniup
57. Farhan telah dipilih menjadi _____ terbaik kerana kecemerlangannya dalam bidang bola sepak.
A. olahragawan B. wartawan
C. peragawan D. dermawan
58. Puan Zaiton ditugaskan sebagai _____ peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Kuala Perai.
A. penggawa B. pengawal
C. pengawas D. pengetua
59. Kasut yang dibelinya tidaklah cantik tetapi mahal macam _______.
A. emas B. merak
C. salji D. gula
60. Sejak kematian isterinya, badan Shahrul kurus macam __________.
A. dawai B. galah
C. balak D. lidi
61. Kereta Proton Saga telah berjaya ______ pasaran antarabangsa.
A. merintis B. memasuki
C. menembusi D. membentuk
62. Golongan _______ Serb telah melakukan kekejaman terhadap penduduk Bosnia.
A. pengganas B. penyamun
C. pencuri D. penderhaka
63. Pelayan di hotel itu berjalan sambil ______ sedulang hidangan makan malam.
A. menjulang B. menatang
C. mengangkat D. mendukung
64. Harga getah _____ naik kerana bekalan getah tidak mencukupi.
A. melonjak B. melonjak-lonjak
C. terlonjak D. dilonjak
65. Kehidupannya _______ sejak kematian suaminya yang selama ini menyara kehidupan sekeluarganya.
A. terumbang-ambing B. comot-momot
C. mundar-mandir D. tunggang-langgang
66. Penggunaan bahasa kebangsaan ______ sejak negara mencapai kemerdekaan.
A. meluas B. berleluasa
C. diangkat D. menaik
67. Pada suatu masa dahulu ________________ Othmaniyah memang terkenal di seluruh dunia.
A. kumpulan B. empayar
C. syarikat D. gedung
68. Pak Chu Aman mengait _____ kelapa di belakang rumahnya untuk dibuat kenduri.
A. segugus B. sekelompok
C. sebiji D. setandan
69. _________________ sate hanya berharga 30 sen sekarang.
A. S ecucuk B. Sebatang
C. Seikat D. Sesikat
70. _______ tidak berjaya mara ke peringkat akhir, ________ dia tetap tidak berputus asa.
- Walaupun …..bagaimana B. Meskipun…….oleh itu
C. Walaupun…..namun D. Bagaimanapun….namun
71. Encik Wong dan Puan Foo berasa sungguh gembira kerana memperoleh_____ yang pertama.
A. darah daging B. cahaya hati
C. anak orang D. cahaya mata
72. Keluarga itu telah berpindah ke tempat lain kerana ingin ____ setelah kejadian yang menjadi bahan ejekan seluruh kampung.
A. buang malu B. buah mulut
C. buah nama D. buang sial
73. Saranan Kementerian Pelajaran untuk menjadikan komputer sebagai mata pelajaran wajib patut mendapat_______________ semua pihak.
A. Saranan B. Bantahan
C. Sokongan D. seruan
74. Di Malaysia, petroleum dan gas asli _____ di Terengganu, Sabah dan Sarawak.
A. digerudi B. digali
C. diperoleh D. dikorek
75. Murid-murid ________ menyimpan wang dalam Skim Simpanan Pelajar.
A. disuruh B. dirayu
C. digalak D. dipaksa
76. Budin tidak berdaya memanjat pokok manggis yang _______ melangit itu.
A. kurus B. tinggi
C. panjang D. lampai
77. Jonet ______ kucing yang mencuri ikan di dapur.
A. menghentam B. membelai
C. memukul D. menumbuk
78. Anis mengeluarkan kata dengan berhati-hati, ______menyinggung
perasaan neneknya.
A. entah-entah B. takut-takut
C. jangan-jangan D. was-was
79. Tiada ______ perkataan pun yang dikeluarkan oleh Sami semasa dia melangkah keluar dari pejabat itu.
A. sebaris B. serangkap
C. sepatah D. seuntai
80. ________ surat tahniah telah saya terima daripada kawan saya yang berada di Indonesia.
A. Sekeping B. Sepucuk
C. Sebuah D. Sehelai
81. Pada suatu hari, _____ pengakap dari Taiping telah pergi berkhemah di kaki Bukit Larut.
A. sebaris B. sekumpulan
C. seketumbukan D. segerombolan
82. Badan Pak tua _____ setelah dia bertungkus-lumus memotong rumput di halaman rumahnya.
A. letih lesu B. pucat lesi
C. keluh-kesah D. segar-bugar
83. Seandainya rakyat Malaysia bersatu padu mengatasi masalah kemelesetan ekonomi, keadaan _____ tidak akan berlaku.
A. hiruk-pikuk B. kelam-kabut
C. haru-biru D. hingar-bingar
84. Hatinya ________ apabila menerima berita buruk tentang nahas yang menimpa adiknya.
A. remuk-redam B. punah-ranah
C. kusut-masai D. sedu-sedan
85. Mereka berbual-bual dan bercerita ______ kisah silam ______ larut malam.
- akan……sampai B. terhadap…..hingga
C.tentang…..hingga D. serta….sampai
86. Makanan yang berzat adalah penting terutamanya bagi kanak-kanak
yang sedang _________.
A. membesar B. mengembang
C. meningkat D. meninggi
87. Segala ____ guru silatnya tidak akan disalahgunakan.
A. latihan B. ajaran
C. didikan D. asuhan
88. Membaca dengan banyak dapat _____pemikiran kita.
A. memperdalam B. memperhebat
C. mempertajam D. mempertinggi
89. Razak tidak dapat _______majlis perkahwinan kawannya.
A. mengunjungi B. menghadiri
C. melawati D. mengikuti
90. Wajahnya _____ selepas keluar dari bilik Guru Besar.
A. masin B. pahit
C. pedas D. masam
91. Ikan yang dibeli itu berbau ______ kerana tidak disimpan di dalam peti
sejuk.
A. haprak B. hanyir
C. hapak D. hangit
92. Angin yang bertiup ____ menyebabkan sebahagian daripada atap rumahnya berterbangan.
A. laju B. kencang
C. cepat D. deras
93. Di dalam piring itu ada beberapa ______ bawang dan beberapa _____
daun sup.
A. potong ……..batang B. iris…..tangkai
C. buah…..ikat D. cebis…..pucuk
94. Beberapa ____ surat di atas meja itu tidak bersetem.
A. helai B. keping
C. pucuk D. cebis
95. Razif membeli dua _____pensel dan se_____buku cerita untuk
adiknya.
A. biji….biji B. batang…..buah
C. buah….batang D. helai….lembar
96. Zaki sedang ____buah rambutan di belakang rumahnya.
A. menyesah B. mengait
C. memukul D. menjolok
97. “Semua peserta _____mengambil tempat masing-masing,” kata Cikgu Azhan.
A. diharap B. digalakkan
C. diminta D. dirayu
98. Pada tahun 1951, Henry David Thoreau pernah ____ucapan yang
mengagumkan rakyat Amerika.
A. mengutuskan B. menyerahkan
C. mengirim D. menyampaikan
99. Bas pesiaran itu hanya _____jalan-jalan utama sahaja.
A. mengharungi B. meredah
C. menghala D. melalui
100. Kawasan itu _______kerana berhampiran dengan bandar Seberang
Jaya.
A. membangun B. menaik
C. meningkat D. meninggi
CONGAK TATABAHASA 3
101. Zalihah membeli se______sabun dan se ______kangkung.
A. buku….ikat B. buah…buku
C. buku…genggam D. keping…gulung
102. Fatahah memberikan se _______ bihun goreng dan se________limau
kepada adiknya.
A. biji…hiris B. iris….buah
C. kampit….biji D. bungkus…biji
103. Sikap yang suka ________orang adalah tidak baik dan boleh
menyebabkan perpecahan dalam masyarakat.
A. berlaga B. laga
C. dilaga D. melagakan
104. Apakah yang sebenarnya _____ di sebalik pertolongannya itu?
A. bersembunyi B. tersembunyi
C. sembunyi D. penyembunyi
105. Orang ramai _____ membantu mangsa- mangsa banjir itu.
A. disuruh B. dirayu
C. dijangka D. dipaksa
106. Dia terpijak dahan ____lalu jatuh terkangkang ke bawah.
A. robek B. remuk
C. rakus D. rapuh
107. Ubi kayu hendaklah direbus hingga ______sebelum dapat dimakan
dengan kelapa parut.
A. lemau B. empuk
C. lembik D. lembut
108. Semua pelatih kadet tentera harus ____pelbagai cabaran sebelum dapat
ditauliahkan sebagai pegawai.
A. mengharungi B. mengalami
C. mengikuti D. menjalani
109. Letupan bom itu telah _____ bangunan yang berhampiran.
A. menggeletarkan B. menggetarkan
C. menggegarkan D. menggoyangkan
110. Gembira benar hati kami kerana dapat ________ dengan Perdana
Menteri semasa lawatan itu.
A.bertepuk tamper B.bertemu muka
C.bertepuk tangan D.bersoal jawab
111. Sarji masuk ke dalam dewan _____ Guru Besar sedang berucap.
A. tatkala B. sejak
C. hingga D. sebagai
112. Larian Azman ____ lama ____ pantas.
A.baik…baik B.kian…kian
C.sungguhpun…namun D.bukan saja…..tetapi juga
113. Mak Ziah membeli se____rebung dan lima ___petai di pasar.
A.tangkai….batang B.ketul….keping
C.longgok….urat D.pucuk….papan
114. Se______garam dan beberapa______bawang dimasukkan ke dalam
masakan itu.
A. cubit…hiris B. sudu…ulas
C. jemput…butir D. cubit…potong
115. Rumah itu kecil _________ dijaga dengan kemas.
A. lalu B. lantas
C. tetapi D. maka
116. Pen yang disangka hilang itu rupa- rupanya disimpan ____ Nita.
A. akan B. oleh
C. dari D. kepada
117. Mereka sedang berbincang ______rancangan melawat ______
Jakarta.
A. tentang….ke B. sebagai…di
C. seperti…ke D. tentang…di
118. Dia sudah berubah. ______ selepas kematian ibu dan bapanya.
A.Di samping itu B.Oleh yang demikian
C.Walau bagaimanapun D. Lebih-lebih lagi
119. Din memasukkan beberapa _____ benih kacang panjang ke dalam
lubang yang telah disediakan olehnya.
A. ulas B. buah
C. butir D. bentuk
120. Kadir meletakkan _____ kelapa sawit di tepi _____ pokok buluh di
tepi jalan supaya mudah diangkut oleh lori nanti.
A. seikat…sejambak B.segugus…..serumpun
C.sebiji….sepohon D.seketul ….setandan
121. Pegawai itu diarahkan untuk ____suatu pameran buku.
A.merancangkan B.melaksanakan
C. menyelenggarakan D. mendeklamasikan
122. Kemarau panjang menyebabkan paras air di sungai itu ________.
A. surut B. larut
C. lesap D. serap
123. Sampan kecil itu _____kerana dipukul ombak.
A. hiruk-pikuk B. bolak-balik
C.tunggang-langgang D. ulang-alik
124. Mak Wan _____ bakul yang berisi ulam-ulaman dengan selamba
sahaja.
A. memikul B. menjinjing
C. mengepit D. mengelek
125. Peristiwa itu hanya tinggal _____________ jika tidak diambil iktibar
oleh kita.
A. kenangan B. mengenang
C. terkenang D. terkenangkan
126. Saari sudah _____ untuk menghadapi peperiksaan itu walaupun
ayahnya baru sahaja meninggal dunia.
A. menyediakan B. persediaan
C. bersedia D. tersedia
127. Seorang anggota keselamatan telah tercedera dalam kejadian ____ itu.
A. perompak B. rompakan
C. merompak D. rompak
128. Pameran itu mendapat _____hangat daripada semua pihak.
A. menyambut B. penyambut
C. sambut D. sambutan
129. Ai Lan telah menjumpai se_____kunci semasa dalam perjalanan ke
kedai.
A. jambak B. rumpun
C. kuntum D. bilah
130. Jaswan Singh mengesat dakwat yang tertumpah dengan se______kain.
A. bidang B. kajang
C. gulung D. cebis
131. Walaupun tubuhnya kecil, dia _____untuk mengangkat kotak yang
berat itu.
A. buah hati B. makan hati
C. tawar hati D. ada hati
132. Jangan kamu memberitahu Najmi apa-apa rahsia kerana dia itu
________.
A. telinga lintah B. berat tangan
C. mulut tempayan D. muka tembok
133. Baju kemeja berlengan pendek lebih murah ______baju kemeja
berlengan panjang.
A. di B. dari
C. daripada D. pada
134. _______hujan turun dengan lebatnya, Zabidi tidak dapat pergi ke
sekolah.
A. Walaupun B. Namun
C. Lantaran D. Jikalau
135. Puan Faridah membawa anaknya _____doktor setelah mendapati
anaknya tidak berapa sihat pada pagi itu.
A. menemukan B. menemui
C. bertemu D. ditemukan
136. Ayah mengesat dahinya yang _____ peluh akibat cuaca yang begitu
panas.
A. dibasahi B. dibasahkan
C. membasahi D. membasahkan
137. Kami _____pengetahuan daripada lawatan ke kilang itu _________
lawatan itu singkat sahaja.
A. memperoleh… walaupun B. perolehi…walaupun
C. beroleh…lantas D. diperoleh…jika
138. Pak Sudin ______parang yang sudah lama tidak digunakan itu dengan
berhati-hati.
A. menajamkan B. menajam
C. tajamkan D. mempertajam
139. Ibu hanya _____apabila melihat kereta yang terlibat dalam kemalangan
itu kepunyaan abang.
A. terpukau B. terpaku
C. tergamam D. tersentak
140. Permohonannya untuk meminjam wang daripada bank itu belum
_____.
A. dibenarkan B. diendah
C. disetujui D. diluluskan
141. Surat berdaftar itu dikirim ______ibunya yang tinggal di
kampung.
A. pada B. kepada
C. apabila D. ke
142. Zahir dan Hamid bersalam-salaman ________ bertemu.
A. kerana B. selama
C. apabila D. sejak
143. Kedua-dua adik-beradik kembar itu nampak seiras. _____terdapat
perbezaan dari segi itngkah laku mereka.
A.Walaupun B. Biarpun
C.Namun begitu D. Walau bagaimanapun
144. “Jangan menjadi ______apabila berada di asrama nanti,” kata Encik
Aman kepada anaknya.
A. kepala angin B. kera sumbang
C. kutu embun D. kucing bertanduk
145. Budak yang ____ itu dirotan oleh ibunya kerana cuba mencuri di
kedai Pak Samad.
A. campur tangan B. buah tangan
C. cepat tangan D. buruk siku
146. Zaki telah memulangkan se____cincin emas yang dijumpai dalam
se______beg kecil itu kepada pihak polis.
A. pasang….biji B. bentuk…buah
C. buah….biji D. utas….buah
147. Kakak membeli se_____bunga untuk dihadiahkan kepada kawannya
sempena hari lahirnya yang ke-20.
A. jambak B. gugus
C. ikat D. rumpun
148. Bibirnya menjadi _____kerana terlalu lama berendam di dalam sungai.
A. pucat B. lesu
C. pudar D. kecut
149. Lauk-pauk yang dijual di kedai makan itu hampir-hampir_________.
A. masam B. hanyir
C. basi D. tengik
150. Buku di atas meja itu disusunnya ____ agar tidak ______________
mata memandang.
A. hati-hati.. mencelikkan B. rapat-rapat…….memutihkan
C. padat-padat..mencolok D. kemas-kemas..menyakitkan
CONGAK TATABAHASA 4
151. Orang ramai ______untuk menaiki kereta api komuter.
A. berebut-rebut B. berderet-deret
C. berduyun-duyun D. bergerak-gerak
152. Beberapa _____kedai musnah dalam kebakaran.
A. papan B. pintu
C. pasang D. rangkai
153. Beberapa ______rokok bertaburan di atas tikar.
A. batang B. pucuk
C. puntung D. ruas
154. Pengadil perlawanan bola sepak yang _______itu menyebabkan corak
perlawanan pada malam itu menjadi hambar.
A. berat sebelah B. berat hati
C. kaki bangku D. mata duitan
155. Telatahnya yang suka berjenaka itu selalu ______setiap murid di
dalam kelas kami.
A. murah hati B. mencuit hati
C. mengambil hati D. menggerak hati
156. Ibu _____kakak sebuah komputer kerana dia lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan.
A. menghadiahkan B. hadiah
C. menghadiahi D. hadiahkan
157. Kanak-kanak harus diasuh dengan baik dan _________daripada
penderaan.
A. dilindung B. dilindungi
C. dilindungkan D. berlindung
158. Usaha _______masalah sosial di kalangan remaja harus diteruskan
oleh pihak kerajaan dan dijadikan masalah nasional.
A. membanteras B. menghalang
C. membasmi D. menghapus
159. Ibu _______telinga adik kerana bermain pasir.
A. mengetil B. mencubit
C. memulas D. mematah
160. Shahril ____ke lantai apabila terpijak kulit pisang.
A. terjunam B. tersungkur
C. terjatuh D. tersingkir
161. Berita tentang Faruk yang mengahwini gadis berbangsa Arab itu telah
menjadi _______seluruh kampung.
A. buah tangan B. buah hati
C. buah mulut D. isi hati
162. Walaupun dia murid baru di kelasnya, dia mudah mendapat kawan
kerana dia ________.
A. ringan tangan B. ringan mulut
C. ringan kepala D. ringan tulang
163. Pak Zahid membawa se_____pisang dan beberapa ________rambutan
untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim itu.
A. ulas….biji B. biji….ulas
C. sisir….tangkai D. buah….rumpun
164. Harga _____ kereta mewah adalah sama dengan harga _____rumah
mewah.
A. sebiji….biji B. sebuah….sebiji
C. sebuah….sebuah D. sebuah…sebidang
165. “Zulaika dan keluarganya telah menetap di Kedah _____tahun lepas,”
kata Siew kepada Kamala.
A. kecuali B. kerana
C. dari D. sejak
166. Barangan ______Malaysia memang berkualiti dan ________bersaing
diperingkat antarabangsa.
A. buatan…. mampu B. membuat…harus
C. dibuat…pasti D. buatan…hendak
167. _______itu mengejutkan kami sekeluarga.
A. Diletup B. Letupan
C. Meletup D. Diletupkan
168. Pencuri itu dapat diberkas. _____dibawa ke balai polis.
A. Dia B. Mereka
C. Beliau D. Kita
169. “Sudah lama ____datang,” tanya Aida.
A. kita B. kamu
C. hamba D. patik
170. Kita hendaklah mematuhi______ yang telah ditetapkan walaupun tidak
masuk akal.
A. peraturan B. beratur
C. diatur D. mengatur
171. _____itu memusnahkan tiga buah rumah sekaligus.
A. Dibakar B. Kebakaran
C. Membakar D. Terbakar
172. “_________nya menjadi pujaan manusia di seluruh dunia.
A. Kecantikan B. Dicantikkan
C. Mencantikkan D. Tercantik
173. _____memaksa Zali berhhenti sekolah walaupun di seorang pelajar
yang cemerlang.
A. Disempitkan B. Kesempitan
C. Bersempitan D. Menyempit
174. Syarikat itu ______ pekerja yang berkemahiran tinggi.
A. kekurangan B. berkurang
C. mengurang D. dikurangkan
175. “Apakah ______cerita itu?” Tanya Ahmad kepada Abu.
A. berkesudahan B. menyudahkan
C. kesudahan D. disudahi
176. Ranjit menyertai ________ itu dengan harapan yang menggunung
tinggi.
A. peraduan B. pengadu
C. aduan D. mengadu
177. _______ dinasihati supaya memandu dengan cermat.
A. Pemandu B. Panduan
C. Memandu D. Dipandu
178. Barah merupakan di antara penyakit yang________ dan sukar dirawati.
A. kritikal B. konsisten
C. kronik D. kontijen
179. “Kamu mesti meneruskan cita-cita kamu untuk ke __________ ,” ksta
Azman kepada Azmi.
A. menara gajah B. menara gading
C. menara emas D. Menara Kuala Lumpur
180. Ayah sedang __________ jalanya yang rosak di belakang rumah.
A. mengkait B. menyulam
C. menenun D. menyirat
181. ________ ini mestilah melibatkan kedua-dua pihak.
A. Menjanjikan B. Dijanjikan
C. Berjanji D. Perjanjian
182. Pihak polis telah berjaya _____________ penjenayah yang sangat-
sangat dikehendaki itu dengan maklumat orang ramai.
A. mengikat B. memasung
C. memberkas D. memujuk
183. Keputusan yang diberi oleh hakim adalah_________________ dan
tidak boleh dipertikaikan lagi.
A. mutakhir B. muktamad
C. muamalat D. musafir
184. Abang saya telah mendapat keputusan yang ________________ dalam
peperiksaan UPSR yang lalui.
A. cemerlang B. cermerlang
C. hebat D. celaru
185. ______antara kereta dan lori itu amat serius
A. Melanggar B. Berlanggar
C. Perlanggaran D. Pelanggaran
186. ________gasing terkenal di negeri Kelantan.
A. Bermain B. Memainkan
C. Dimainkan D. Permainan
187. Pak Jamal seorang _____buah-buahan yang berjaya di kampung ini.
A. perniagaan B. diniagakan
C. berniaga D. peniaga
188. Kerja-kerja ____ sungai itu akan diteruskan esok.
A. mendalam B. mendalami
C. pedalaman D. pendalaman
189. Azli ______ melihat nasib pengemis itu.
A. terasa B. terkilan
C. terharu D. terpegun
190. ______, dia yang mengambilnya.
A. Jangan-jangan B. Kalau-kalau
C. Mungkin-mungkin D. Takut-takut
191. Perkara yang _____jangan dibesarkan.
A. kacau-bilau B. riuh-rendah
C. kusut-masai D. remeh-temeh
192. Balut kotak itu ______ agar kelihatan cantik.
A. kemas-kemas B. dalam-dalam
C. sempit-sempit D. ketat-ketat
193. Ami memeluk adiknya ________.
A. kemas-kemas B. dalam-dalam
C. erat-erat D. rapat-rapat
194. Ikan itu berbau _________.
A. hapak B. hanyir
C. hangus D. hangit
195. Para tetamu dilayan dengan ________.
A. mesra B. gagah
C. manja D. erat
196. Lelaki itu sangat __________.
A. kukuh B. teguh
C. padu D. gagah
197. Badannya ______ kerana berendam di sungai.
A. susut B. kecut
C. luntur D. lusuh
198. Buah di atas para itu sudah ________.
A. lapuk B. buruk
C. basi D. lusuh
199. Razif membeli se_____baju.
A. pasang B. buah
C. lembar D. keping
200. Maizura membeli _____bunga.
A. sebuah B. sebiji
C. sekuntum D. selaras
CONGAK TATABAHASA 5
201. Chin membeli bebrapa _____jagung.
A. biji B. batang
C. pucuk D. tongkol
202. Datuk mempunyai ______senapang.
A. sebilah B. selaras
C. sebatang D. sepucuk
203. Fuad membeli _______payung.
A. sebatang B. sebuah
C. sekaki D. selembar
204. Adik saya sudah pandai _______.
A. bercakap B. percakapan
C. tercakap D. dicakap
205. “Mari kita _____di padang’” ajak Meena.
A. dimainkan B. permainan
C. bermain D.memainkan
206. Ayah saya _____di Pos Malaysia.
A. dikerjakan B. bekerja
C. mengerjakan D. pekerjaan
207. Kita dilarang melakukan perkara yang ______dengan undang-undang.
A. bersalahan B. kesalahan
C. menyalahkan D. disalahkan
208. Pak Su _____gambar itu.
A. tertampal B. menampal
C. ditampal D. tampalkan
209. Tanah itu _____oleh keluarga Zamani.
A. diusahakan B. mengusahakan
C. ushawan D. berusaha
210. Ibu sedang _________baju.
A. membasuh B. berbasuh
C. dibasuh D. basuhkan
211. Kami _____kawasan rumah.
A. memperindah B. seindah
C. terindah D. keindahan
212. Rumah itu _____ oleh orang kaya.
A. terduduk B. kedudukan
C. menduduki D. diduduki
213. Saya ______ oleh pemuda itu.
A. mendatang B. pendatang
C. kedatangan D. didatangi
214. Nenek _____ anak tangga dengan perlahan-lahan.
A. menuruni B. turun
C. menurunkan D. diturunkan
215. Kakak sedang _______ bawang.
A. dikupas B. terkupas
C. mengupas D. kupasan
216. Ghin ______ air sejuk itu.
A. meneguk B. terteguk
C. diteguk D. tegukan
217. Said ______batu ke arah anjing itu.
A. melontar B. terlontar
C. dilontar D. lontaran
218. Jangan ______,lantai itu licin.
A. melarikan B. berlari
C. larian D. perlarian
219. Murid-murid _______ membaca.
A. galakkan B. penggalak
C. menggalakkan D. digalakkan
220. Saw tidak dapat ______kelas tambahan hari
ini.
A. kehadiran B. dihadiri
C. menghadiri D. hadiran
221. ______dinasihati barulah dia sedar.
A. Jika B. Setelah
C. Tatkala D. Jikalau
222. _______menunggu kek masak, Maria membaca buku.
A. Sementara B. Selagi
C. Sejak D. Apabila
223. Badannya kurus _____dia kuat makan.
A. lalu B. dan
C. atau D. tetapi
224. Adik lapar ________ dia menangis.
A. malah B. sambil
C. maka D. tetapi
225. Azlan memakai baju berwarna biru_____abangnya memakai baju
berwarna kuning.
A. manakala B. semenjak
C. hingga D. tetapi
226. Saya berharap ______anda cepat sembuh.
A. bahawa B. agar
C. selagi D. jika
227. ______perkara itu akan terbongkar juga.
A. segar-bugar B. remeh-temeh
C. lambat-laun D. jika
228. Janganlah percaya pada cerita yang _____.
A. karut-marut B. segar-bugar
C. remeh-temeh D. serba-serbi
229. Pakaian pengemis itu ________.
A. huru-hara B. kusut-masai
C. calar-balar D. compang-camping
230. Badannya ______ kerana dirotan.
A. calar-balar B. huru-hara
C. segar-bugar D. lambat-laun
231. Mereka ber______membersihkan kawasan rumah.
A. desas-desus B. rumput-rampai
C. gotong-royong D. lambat-laun
232. Ibu memasukkan ______ ke dalam masakannya.
A. rempah-ratus B. remeh-temeh
C. huru-hara D. segar-bugar
233. ________ campurkan air pada tepung itu, _____gaulkannya.
A. Apabila ……kemudian
B. Biarpun…..namun
C. Sebelum……selepas itu
D. Mula-mula…..kemudian
234. _________dia seorang hartawan ______beliau tidak sombong.
A. Walaupun……namun
B. Mula-mula….kemudian
C. Sebelum…..selepas itu
D. Apabila….kemudian
235. _____tikus, kucing ----dia geli.
A. Makin…makin
B. Jangankan…pun
B. Bukan saja… bahkan juga
D. Sungguhpun ……namun
236. Tan masuk ke dewan ….. Guru Besar sedang berucap.
A. tatkala B. sejak
C. hingga D. sebagai
237. ______peristiwa itu, dia mulai menjauhkan diri.
A. Apabila B. Sungguhpun
C. Sejak D. Sama ada
238. Fong terkejut mendengar berita _____ibunya sakit tenat.
A. bahawa B. kerana
C. sebelum D. sejak
239. Mat terkejut _____disergah oleh Amin.
A. jika B. selama
C. hingga D. apabila
240. Mas Ani _____kegembiraan.
A. terkial-kial B. terkinja-kinja
C. tersedu-sedu D. terkelip-kelip
241. Azman berjaya ______dia rajin belajar.
A. kerana B. bahawa
C. hingga D. sekiranya
242. Hidupnya menderita ______kematian suaminya.
A. sekiranya B. sejak
C. bahawa D. sebagai
243. _____dia cacat, _____dia bijak.
A. Apabila….kemudian
B. Sebelum……selepas itu
C. Biarpun….namun
D. Jangankan ….pun
244. ______Kamal, _____linda. Kedua-duanya
degil.
A. Makin….makin
B. Baik-…..baik
C. Entah….entah
D. Jangankan…..pun
245. _______kamu cepat sembuh.
A. Lama-kelamaan B. Seelok-eloknya
C. Mudah-mudahan D. Sebaik-baiknya
246. _____dia tidak cantik, ______budi pekertinya mulia.
A. Walaupun….namun
B. Walaupun……bagaimanapun
C. Meskipun……walaupun begitu
D. Meskipun……di samping itu
247. Adik ______air matanya.
A. mengesat-ngesat B. mencuci-cuci
C. menggosok-gosok D. membilas-bilas
248. ______rumah kedai telah dibina.
A. berliku-liku B. berbelit-belit
C. berpusing-pusing D. berderet-deret
249. Saiful ______kepalanya yang gatal.
A. menggaru-garu B. meraba-raba
C. meronta-ronta D. mengusap-usap
250. Datuk _____ kakinya dengan minyak.
A. meraba-raba B. mengurut-ngurut
C. menggosok-gosok D. membelai-belai
CONGAK TATABAHASA 6
251. Bunga itu sangat ______baunya.
A. cantik B. kuat
C. harum D. pantas
252. ______akademiknya amat membanggakan.
A. Tercapai B. Mencapai
C. Pencapaian D. Dicapai
253. Norzehan menyiang ikan, _____adiknya memotong sayur.
A. serta B. lalu
C. manakala D. maka
254. Ayam ini hendak digoreng ______dikukus?
A. serta B. kecuali
C. atau D. dan
255. Ayam ini akan _______dalam masa 4 bulan.
A. membiak B. berbiak
C. terbiak D. membiakkan
256. Melalui_____secara tunai, harga barang itu 20 peratus.
A. dibayar B. membayar
C. pembayaran D. bayaran
257. Orang asli itu ______melihat bandar.
A. tercengang-cengang
B. tersentak-sentak
C. merungut-rungut
D. berpusing-pusing
258. Masukkan beberapa _____daun limau purut dan beberapa _____asam
gelugur.
A. hiris….ketul B.helai…ulas
C. ikat……cebis D. helai….keping
259. Maizarah menangis _________.
A. teresak-esak B. kuat-kuat
C. berdekah-dekah D. lambat-lambat
260. Ayah menebang se______pokok.
A. keping B. buah
C. batang D. bilah
261. Biskut kacang itu _______.
A. rangup B. gembur
C. rapuh D. retak
262. Bayi itu sudah mula belajar_______.
A. merayap B. menjalar
C. melangkah D. merangkak
263. Ubi kayu itu _____hingga empuk.
A. dikukus B. direbus
C. dijerang D. ditanak
264. Kerja menuai padi _____oleh jentera.
A. kendalikan B. dikendalikan
C. pengendali D. kendalian
265. ______drama oleh murid-murid itu sangat menarik.
A. Mementaskan B. Dipentaskan
C. Pementasan D. Kepentasan
266. Ahmad telah _____hendak menolong anak yatim itu.
A. berkecil hati B. bulat hati
C. isi hati D. makan hati
267. Zuli ber_____turun ke padang.
A. kaki ayam B. kaki borak
C. kaki bangku D. kaki botol
268. Encik Ranjit mengusahakan kabun sayurnya di atas se______tanah.
A. gelung B. buah
C. bidang D. gulung
269. Mak Cik Jah membeli se_____pucuk ubi dan dua ______jering di
pasar tani itu.
A. kaki….keping B.pucuk….papan
C. ikat….longgok D. pucuk….ikat
270. Bas itu _____berlanggar dengan lori.
A. moga-moga B. sedikit-sedikit
C. kadang-kadang D. nyaris-nyaris
271. _______sakit, Min tidal lalu makan.
A. Apabila B. Sejak
C. Jika D. Walaupun
272. ______tanda dilarang merokok tergantung di situ, ______masih ada
orang yang merokok.
A. Sedangkan…..tambahan pula
B. Walaupun ……namun
C. Bukan saja…..bahkan juga
D. Walaupun ….kecuali
273. Perahu yang sarat dengan ______itu karam.
A. termuat B. muatan
C. muat D. bermuat
274. Para pengunjung diberi ______yang mesra oleh kakitangan hotel itu.
A. layan B. melayan
C. pelayan D. layanan
275. Kami sudah mengemukakan _______tentang perkara tersebut.
A. bantahan B. perbantahan
C. pembantah D. berbantah
276. Saya terkejut apabila mendengar bunyi ______yang sangat kuat itu.
A. meletup B. meletupkan
C. peletup D. letupan
277. Ada siapa-siapa yang hendak mengemukakan ________.
A. bercadang B. cadangan
C. pencadang D. mencadangkan
278. Balasan yang diterimanya sepadan dengan ________ yang dilakukan.
A. persembahan B. perbuatan
C. pekerjaan D. persahabatan
279. Encik Linggam tidak dapat menghadiri _________ itu.
A. pelayaran B. perjumpaan
C. perbuatan D. persatuan
280. Juruacara di majlis _____ itu manis orangnya.
A. pertemuan B. perasmian
C. pertengkaran D. perusahaan
281. _____ itu dibuat dengan berdasarkan bukti-bukti yang kukuh.
A. Putus B. Terputus
C. Pemutus D. Keputusan
282. Empat orang pengakap menyertai ________ itu.
A. persinggahan B. pelayaran
C. pekerjaan D. perkhemahan
283. Dua ______pisang emas itu berharga RM1.00.
A. gugus B. sisir
C. biji D. ulas
284. Se____bunga mawar menghiasi meja tetamu khas itu.
A. tangkai B. kuntum
C. jambak D. helai
285. Beberapa _______durian diletakkan oleh ibu di dalam piring untuk
abang.
A. biji B. cebis
C. ulas D. butir
286. Puan Aishah membeli _______selendang yang disulam dengan
beberapa _____benang emas.
A. sehelai….urat B. sekeping…..utas
C. sepasang…lembar D. sehelai…lembar
287. Encil Ahmad menghadiahi isterinya ______cincin dan ________rantai.
A. sebutir….seutas B. sebiji….seuntai
C. sebentuk….seutas D. sebuah…..seurat
288. Mak Lijah membeli dua______petai dan dua _____sayur sawi di
pasar.
A. longgok….keping B. keping…papan
C. papan…ikat D. helai….papan
289. Jika _____hutan dikawal, hakisan tanah dapat dielakkan.
A. teroka B. peneroka
C. penerokaan D. meneroka
290. Setiap peserta yang bertanding diberi sijil______.
A. harga B. seharga
C. berharga D. penghargaan
291. Pelancong asing itu ditegur kerana melakukan perbuatan yang
______dengan peraturan di hotel itu.
A. bertentangan B. bertentang
C. tentang D. penentang
292. _____perumahan itu akan membina rumah mewah.
A. Pemajuan B. Kemajuan
C. Pemaju D. Maju
293. Dia berjalan dengan berhati-hati di atas batu supaya tidak _____ke
dalam sawah.
A. tertolak B. tertimbus
C. terjerumus D. terjunam
294. Kami hanya ______di tempat kejadian itu tanpa dapat berbuat apa-apa.
A. terpikat B. terpukau
C. terpegun D. terpaku
295. _____kereta Proton Waja dilakukan oleh Perdana Menteri.
A. Pelancaran B. Melancar
C. Pelancar D. Melancarkan
296. Ana mudah menangis apabila menonton cerita sedih. Dia
______orangnya.
A. sedih B. penyedih
C. bersedih D. menyedihkan
297. Rakyat diseru supaya tidak ______antara satu dengan yang lain.
A. berdebat B. bertelagah
C. bertumbuk D. berlawan
298. Rambut pengantin itu sudah _______.
A. bersikat B. bertemu
C. berdandan D. berseri
299. Cikgu Roziah berasa kagum akan kepetahan Halimah______.
A. berpidato B. berjalan
C. berpesan D. bertengkar
300. Faizah dan Lina tinggal _____di rumah rehat itu.
A. sekeluarga B. sepadan
C. setaraf D. sebilik
CONGAK TATABAHASA 7
301. Wajah ibu ______apabila mendapat berita tentang kejayaan abang.
A. ceria B. suram
C. kelat D. gemerlapan
302. Pembahas itu menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang
________.
A. gagap B. merdu
C. lantang D. keras
303. Kejayaan kami berpunca daripada sokongan ________yang diberikan
oleh guru-guru.
A. padat B. padu
C. kukuh D. teguh
304. Pertandingan perbahasan hari itu berjalan dengan _______.
A. laju B. pantas
C. lancar D. cepat
305. Hujah-hujah yang diberikan oleh pihak pencadang itu
sungguh________
A. ketat B. bernas
C. padu D. tegas
306. Dia _____sekuat-kuat hatinya apabila ternampak akan seekor ular.
A. meraung B. merintih
C. menangis D. menjerit
307. Selepas _____pokok-pokok getah itu, Pak Leman berehat sebentar.
A. menoreh B. penorehan
C. torehan D. penoreh
308. Encik Karmin terpaksa_______pelbagai cabaran sebelum berjaya
dalam perniagaannya.
A. harungan B. mengharungi
C. harung D. pengharungan
309. Puan Naimah ______pemergiannya ke
London.
A. batal B. terbatal
C. membatalkan D. dibatalkan
310. Dalam ekspedisi itu, kami terpaksa ________hutan.
A. menyeberangi B. meredah
C. melintasi D. menjalani
311. Orang kaya itu _____peminta sedekah yang datang ke rumahnya.
A. mempelawa B. menyuruh
C. menarik D. mengusir
312. Letupan yang kuat itu _____rumah-rumah di kawasan itu.
A. mengalunkan B.menggoyangkan
C. menggegarkan D.menggerakkan
313. Sehingga kini, saya masih tidak dapat _____kisah yang diceritakannya
itu.
A. meyakini B. keyakinan
C. meyakinkan D. diyakini
314. Nenek melatah apabila kakak _____ bahunya.
A. mencuit B. menyentuh
C. meraba D. menyinggung
315. Mereka _______pusara ibu mereka dengan air mawar.
A. merendam B. merenjis
C. menyiram D. menyimbah
316. Adik Adri merajuk kerana kemahuannya ________.
A. dicegah B. diganggu
C. digugat D. disekat
317. Mereka _____untuk mendengar rahsia itu.
A. membuka jalan B. mengalih langkah
C. memasang telinga D. memerah keringat
318. Dato Maharaja Lela ______melihat perangai orang-orang Inggeris
yang keterlaluan itu.
A. jauh hati B. panas hati
C. iri hati D. busuk hati
319. Naimah membeli sehelai tudung yang cantik untuk _______ibunya.
A. mengambil berat B. mencuci mata
C. mengambil hati D. mengambil angin
320. Oleh sebab banyak kemudahan awam yang
dirosakkan, kerajaan terpaksa menanggung
______.
A. kemusnahan B. kemiskinan
C. kerugian D. kejatuhan
321. Keaslian hutan semula jadi di Taman Negara perlu ________.
A. dibela B. dididik
C. dipelihara D. diawasi
322. Kita perlu banyak membaca untuk _____ pemikiran kita.
A. tajam B. menajam
C. mempertajam D. ketajaman
323. Para pelajar ________ melakukan perkara- perkara yang tidak sopan.
A. disanggah B. ditahan
C. dibangkang D. ditegah
324. Amalan ziarah-menziarahi dapat _______ hubungan persaudaraan dan
persahabatan.
A. erat B. mempererat
C. dieratkan D. keeratan
325. Peserta-peserta Larian Hari Wilayah itu _____melaporkan diri di
kaunter pendaftaran pada pukul enam pagi.
A. diperintahkan B. digalakkan
C. didorong D. dikehendaki
326. Karina menyimpan begnya ______ ke bilik air.
A. dan B. atau
C. maka D. lantas
327. Suria mengetuk pintu ______memanggil-manggil nama ibunya.
A. maka B. sambil
C. lantas D. tetapi
328. Ayah berpesan _______ saya menghormati orang yang lebih tua.
A. jika B. agar
C. bahawa D. sejak
329. Entah esok ______ lusa, keputusan peperiksaan UPSR akan
diumumkan.
A. dan B. serta
C. atau D. tetapi
330. ________ peristiwa itu, air mukanya sentiasa muram.
A. Sementara B. Sejak
C. Apabila D. Selagi
331. Orang lain sungguh-sungguh bekerja ______ Azrul berehat sahaja.
A. apabila B. kerana
C. agar D. manakala
332. Polis yakin ________pemuda itu terlibat dalam kejadian itu.
A. agar B. kerana
C. bahawa D. apabila
333. Sufina menundukkan muka ke lantai ______ ditegur atas
kesalahannya.
A. lalu B. manakala
C. jika D. kerana
334. Pakaiannya kelihatan ______ saja.
A. lintang-pukang B. kusut-masai
C. haru-biru D. serbah-serbih
335. Ayah berhati-hati kerana jalan di situ ________.
A. compang-camping B. lekak-lekuk
C. hingar-bingar D. tunggang-langgang
336. Jangan bercakap perkara yang _____.
A. kumat-kamit B. karut-marut
C. desas-desus D. kucar-kacir
337. ________ penonton jelas kedengaran dari arah padang itu.
A. Riuh-rendah B. Hiruk-pikuk
C. Tindak-tanduk D. Sorak-sorai
338. ______ kejahatannya itu ketahuan juga.
A. Serta-merta B. Lambat-laun
C. Lintang-pukang D. Mundar-mandir
339. Terdapat _____di badan dan di kakinya.
A. serbah-serbih B. calar-balar
C. cirit-birit D. carut-marut
340. ______ makanan itu diberikan kepada kucing.
A. Rempah-ratus B. Kuih-muih
C. Beras-petas D. Saki-baki
341. Suasana di situ menjadi ______ dengan bunyi paluan kompang.
A. hingar-bingar B. kelam-kabut
C. kacau-bilau D. haru-biru
342. Lantai simen itu ______ kerana baru dicuci.
A. lekak-lekuk B. licin-licau
C. kucar-kacir D. bolak-balik
343. Saya tidak dapat datang ke majlis itu. ______ dia tidak mengundang
saya.
A. Sedangkan B. Akhirnya
C. Malahan D. Lagipun
344. ______ dia anak orang kaya ______ kehidupannya sederhana.
A. Walaupun …… maka
B. Jikapun……malah
C. Meskipun…..namun
D. Biarpun……kerana
345. Gadis itu manis oragnya ______baik budi pekertinya.
A. adapun B. lagipun
C. andaipun D. mahupun
346. Bukit Cerakah sering dikunjungi, _______ pada hari kelepasan.
A. lebih-lebih lagi B. lepas itu
C. sementara itu D. oleh itu
347. _______ peserta lelaki ______ peserta perempuan mesti mendaftarkan
diri.
A. Jangankan….pun B. Baik…..mahupun
C. Entah……entah D.Daripada.lebih baik
348. Hujan turun agak lebat. _______perlawanan hoki itu diteruskan juga.
A. Oleh sebab itu B. Namun demikian
C. Jika begitu D. Sementara itu
349. ______berjumpa dengan saya, menelefon ______ dia tidak mahu.
A. Bukan saja….bahkan juga
B. Sedangkan ….. apatah lagi
C. Jangankan….pun
D. Sedangkan…..bahkan juga
350. _______lama______jelas sikap sebenar gadis itu.
A. Kian….kian B. Baik…..baik
C. Entah….entah D. Baik….ataupun
CONGAK TATABAHASA 8
351. Cikgu Azmil menyuruh _______Kumar ______ Hasyim menghantar
buku-buku itu ke bilik guru.
A. baik…..baik
B. sedangkan…. Inikan pula
C. walaupun….namun
D. sama ada …… ataupun
352. Saya yakin _____percaya ______projek ini
akan mendapat sambutan.
A. serta…lalu B. dan….bahawa
C. lalu……yang D. tetapi….tentang
353. ________pakaian itu dibuang ______ diberikan kepada anak yatim.
A. Makin…makin B.Walaupun..namun
C. Daripada..lebih baik D. Sama ada..tetapi
354. _____dipuji ______malu gadis itu.
A. Makin…makin B. Baik….baik
C. Jangankan….pun D. Baik… mahupun
355. Entah-entah dia cuba _____ cerita itu.
A. menyebut-nyebut B. mencongak-congak
C. mengira-gira D. mereka-reka
356. Oleh sebab ketakutan, dia bercakap _____.
A. tersengguk-sengguk B. tergagap-gagap
C. terbatuk-batuk D. tertangguh-tangguh
357. Adik saya _______berlari apabila dikejar oleh abang.
A. terkedek-kedek B. tergoyang-goyang
C. tergesa-gesa D. terkejar-kejar
358. Mak Siti _____ menyapu sampah di halaman rumahnya.
A. terkial-kial B. terbongkok-bongkok
C. tersipu-sipu D. tersedu-sedu
359. Kami ______ sambil menangis.
A. bersentuh-sentuhan
B. berkenal-kenalan
C. berdakap-dakapan
D. berpegang-pegangan
360. Kami sentiasa ______ pada setiap hari perayaan.
A. kunjung-mengunjungi
B. salah menyalahkan
C. sayang-menyayangi
D. tanya-menanyakan
361. Berhati-hatilah kerana jalan ke kawasan itu _________.
A. berderet-deret B. berjalan-jalan
C. berpusu-pusu D. berliku-liku
362. Mereka bertengkar dan ______ sesama sendiri.
A. kenal-mengenal B. balas-membalas
C. tuduh-menuduh D. tikam-menikam
363. Kedua-dua anak itu ______ mendapatkan ayah mereka.
A. berdesak-desakan B. berlari-larian
C. berkasih-kasihan D. bertarik-tarikan
364. Suri rumah dinasihati supaya tidak mudah ________ oleh pujukan
jurujual.
A. terpaku B. terpaut
C. terperdaya D. tersangkut
365. Rumah nenek _____ sanak-saudara yang jauh dan yang dekat.
A. didatangi B. dikerumuni
C. dihampiri D. dihujani
366. Sudah lama kami _____ untuk bercuti di Pulau Tioman.
A. bertujuan B. bermaksud
C. berhasrat D. berikrar
367. ______berbual dengan kita, tersenyum ______dia tidak mahu.
A. Sedangkan….. bahkan juga
B. Jangankan ….. pun
C. Bukan saja ….. bahkan juga
D. Sedangkan …. apatah lagi
368. Mula-mula kami menonton wayang gambar. ______, kami bersiar-siar.
A. Selepas itu B. Sementara itu
C. Jika begitu D. Lantaran itu
369. Hujan turun lebat. _______, perlawanan bola jaring itu diteruskan
juga.
A. Namun demikian B. Oleh sebab itu
C. Di samping itu D. Sementara itu
370. Perdana Menteri memulakan ucapan beliau dengan ______ pantun.
A. sebentuk B. serangkap
C. sehelai D. setangkai
371. “Se_____ bayam ini harganya 60 sen. Se_____ pisang emas ini pula
harganya RM 2.50,” kata penjual itu.
A. rawan….sikat B.tangkai…gugus
C. ikat….kaki D. ikat….sikat
372. Beberapa _____ rumah musnah dalam kebakaran itu. Beberapa _____
jalan ke kawasan itu telah ditutup juga.
A. buah…batang B. pintu….buah
C. deret…buah D. biji….batang
373. Beberapa orang ______ ASEAN sedang bermesyuarat tentang isu
alam sekitar.
A. beliawan B. bangsawan
C. hartawan D. negarawan
374. Pencuri itu jatuh _____ apabila kakinya tersadung kawat berduri
semasa dikejar polis.
A. terlentang B. terlungkup
C. tertiarap D. terduduk
375. Berpeluh-peluh Pak Ayub ______ motosikalnya mendaki bukit kerana
kehabisan minyak.
A. menuntun B. menarik
C. menolak D. mengheret
376. Pasukan bola baling itu berjaya ______ naib johan di Pesta Bola
Baling peringkat Negeri Pahang.
A. mencapai B. menduduki
C. menggarap D. merangkul
377. Kepada adik _____ pada dinding.
A. terhempas B. terpaku
C. terhempap D. terhantuk
378. Pegawai Perhilitan itu tidak berjaya _____ gajah itu naik ke atas rakit.
Sebaliknya, mereka takut gajah itu naik _______.
A. memperdaya…darah B. menarik..marah
C. memujuk….angin D. menuntun..minyak
379. Kasih ibu terhadap anaknya sangat ______.
A. banyak B. besar
C. jauh D. dalam
380. Kamarul menjadi semakin nakal _____ tinggal bersama dengan datuk
dan neneknya di kampung.
A. semenjak B. manakala
C. hingga D. tetapi
381. Penonton merungut kerana pengadil perlawanan bola sepak itu
_________.
A. murah hati B. berat sebelah
C. kaki bangku D. mata duitan
382. Kuih pau itu masih panas kerana baru lepas ______.
A. ditanak B. dikukus
C. disalai D. direbus
383. Setiiap pelajar dinasihati supaya menulis isi yang ______ dengan tajuk
karangan.
A. cocok B. serupa
C. cucuk D. sama
384. Emak, membubuh beberapa _____ ubat ke dalam mata adik yang
gatal.
A. titik B. botol
C. biji D. pancutan
385. Semasa pergelutan itu, Aman sempat mengaut se______ pasir lalu
melempar ke arah mata orang itu.
A. gumpal B. genggam
C. butir D. cubit
386. Hanya orang-orang _____ saja yang diundang.
A. nama B. penama
C. ternama D. kenamaan
387. Cik Suria bertugas sebagai ______ di firma guaman itu.
A. juruacara B. jururawat
C. jurubahasa D. juruulas
388. Segala ______ guru akan kami jadikan panduan pada masa hadapan.
A. ajaran B. pelajaran
C. pelajar D. ajar
389. Zaidi diplih sebagai _____ dalam majlis sukan peringkat daerah
Manjung.
A. olahraga B. olahragawati
C. olahragawan D. peragawan
390. Kempen ini adalah untuk memupuk ______ orang ramai terhadap
pentingnya sungai.
A. sedaran B. kesedaran
C. penyedar D. sedar
391. Dalam _____ itu, para penunggang berlumba-lumba untuk
memenangi tempat pertama.
A. pertandingan B. bertanding
C. petanding D. tandingan
392. Puan Ainon mengadakan kenduri kerana menyambut _______ anaknya
dari luar negeri.
A. kepulangan B. pemulangan
C. pulangan D. terpulang
393. ________ Sharifah Aini turut mendendangkan beberapa buah lagu asli.
A. Seniman B. Seniwati
C. Biduanita D. Peragawati
394. Semangat ______ amat penting untuk menjayakan ekspedisi ini.
A. setiakawan B. cendiakawan
C. negerawan D. sukarelawan
395. Saya dan Ai Lin ke Pulau Pangkor minggu lalu. Banyak tempat yang
menarik yang ______ lawati di sana.
A. mereka B. kami
C. kita D. kalian
396. Li Peng dan Leela sahabat karib. ______ tidak pernah bergaduh.
A. Mereka B. Saya
C. Kami D. Kita
397. Jika ______ ingin keterangan lanjut tentang pertandingan itu,
hubungilah pihak kami.
A. anda B. mereka
C. awak D. kamu
398. Wakil rakyat sudah tiba. _____ akan merasmikan pembukaan dewan
itu.
A. Dia B. Ia
C. Baginda D. Beliau
399. “Bilakah _______ samapai?” tanya Naim kepada kawan-kawannya.
A. engkau B. kita
C. anda D. kalian
400. _______ orang murid sedang membersihkan kawasan sekolah.
A. Berapa B. Setiap
C. Beberapa D. Sesetengah
CONGAK TATABAHASA 9
401. Mak Lijah menjaja kuih di pasar itu _____ pagi.
A. tiap B. beberapa
C. sesetengah D. setiap
402. Encik Ali membeli tiga _____ tikar buluh dan se ______ pasu dari
Sarawak.
A. keping---biji B. gulung….biji
C. bidang….buah D. bidang…bentuk
403. Emak mengeluarkan se_____ kain pelekat kepada abang.
A. cebis B. keping
C. helai D. lembar
404. Harlina sempat makan se______ kek itu dan selebihnya dimakan oleh
adik.
A. ketul B. keping
C. potong D. cebis
405. Dia menghadiahi isterinya se______ anting-anting yang bertatahkan
dua _____ batu permata.
A. bentuk…biji B. pasang…butir
C. pasang….buah D. utas….butir
406. Mimi _____ orangnya kerana dia mudah menangis.
A. bersedih B. penyedih
C. kesedihan D. tersedih
407. Kempen ini merupakan ______ yang baik untuk meyedarkan orang
ramai tentang pentingnya alam sekitar.
A. dekatkan B. pendekatan
C. berdekatan D. berdekat
408. _____ Encik Hasyim mahu anaknya menceburi dalam bidang
perniagaan.
A. Boleh B. Sebolehnya
C. Kebolehan D. Seboleh-bolehnya
409. Para _____ harus merancang perbelanjaan dengan teliti.
A. berguna B. pengguna
C. gunaan D. kegunaan
410. Dia _______ khabar ibu saya.
A. tanya B. bertanyakan
C. penanya D. tertanya
411. Daun-daun yang _____ di halaman rumah telah disapu oleh abang.
A. guguran B. tergugur
C. bergugur D. berguguran
412. Rumah Asnah terletak di ______ sebuah sekolah rendah.
A. bawah B. hadapan
C. dalam D. tengah
413. Johan lebih tinggi _____ abangnya.
A. dari B. dengan
C. pada D. daripada
414. “Mengapakah mukanya pucat _____ ayam berak kapur?” kata ayah
kepada emak.
A. seperti B. sejak
C. tentang D. dengan
415. Jambatan itu tidak dapat dilalui kerana kayunya sudah ________.
A. rangup B. reput
C. retas D. rapuh
416. Dia mengurut-urut kakinya yang _____ itu.
A. keras B. cekang
C. tegang D. kejang
417. Selepas mandi, badan saya berasa _______.
A. nyaman B. elok
C. sedap D. segar
418. Warna kain batik itu sudah ________.
A. kusam B. suram
C. kelam D. pudar
419. Bangunan itu _______ sebagai akibat kecuaian pekerjanya.
A. terbakar B. terjatuh
C. tersungkur D. terjejas
420. Air tasik itu ______ apabila sebiji buah kelapa gugur.
A. bergoyang B. berbuai
C. berkocak D. bergegar
421. Budak-budak itu _______ apabila disergah oleh orang gila itu.
A. bertaburan B. bertempiaran
C. berhamburan D. berserakan
422. “Fikirlah perkara itu ______ sebelum membuat keputusan,” kata
Marini.
A. terang-terang B. benar-benar
C. bulat-bulat D. masak-masak
423. Ayah membuang sarang _______ pada tiang rumah itu.
A. kunang-kunang B. beri-beri
C. sumpah-sumpah D. angkut-angkut
424. Kakak sedang ______ kulit bawang.
A. dikupas B. mengupaskan
C. kupasan D. mengupas
425. Cacing membina terowong-terowong kecil ketika bergerak _____
tanah.
A. ditembusi B. tembusan
C. penembusan D. menembusi
426. Doktor Lee dihantar ke luar negeri untuk ______ bidang perubatan.
A. memperdalam B. mendalam
C. dalaman D. mendalamkan
427. Masa yang diuntukkan sudah tamat, namun perbincangan itu
_________.
A. dilanjutkan B. melanjutkan
C. melanjut D. lanjutan
428. Budak itu telah ________ di kawasan hutan itu.
A. menjumpai B. menjumpa
C. dijumpai D. terjumpa
429. Mahendran _____ Cikgu Aziz untuk bertanya tentang kerja rumahnya.
A. mendekatkan B. dekatkan
C. mendekati D. terdekat
430. Ibu ________ suaranya apabila marah.
A. meningkatkan B. meninggikan
C. membesarkan D. melantangkan
431. Kasim _______ oleh Cikgu Yahya kerana datang lewat ke sekolah.
A. ditegur B. disapa
C. disindir D. dicemuh
432. Rakyat negara ini akan ______ dalam pilihan raya nanti.
A. memilih B. melawan
C. memangkah D. mengundi
433. Adik _____ mainannya ke lantai.
A. menghempaskan B. mengangkatkan
C. menghantukkan D. menggugurkan
434. Pasukan bola baling sekolah kami berjaya _________ gelaran naib
johan.
A. mencapai B. menduduki
C. pulangan D. merangkul
435. Nasi yang _____ olehnya sudah masak.
A. dijerang B. dikukus
C. ditanak D. direbus
436. Ravi ______ sebagai akibat kehujanan.
A. kurus kering B. jauh hati
C. basah kuyup D. rosak binasa
437. Gadis itu _______ orangnya.
A. lemah longlai B. lemah hati
C. lemah semangat D. lemah lembut
438. Bakul-bakul ini adalah _____ orang buta.
A. ringan tangan B. bekas tangan
C. buah tangan D. dalam tangan
439. Tiba-tiba saja lelaki itu ______ lalu mengamuk.
A. gelap hati B. rambang mata
C. mata duitan D. gelap fikiran
440. ______ kebakaran itu berlaku, Encik Wong sekeluarga tiada di rumah.
A. Kerana B. Jika
C. Setelah D. Tatkala
441. ______ kejadian itu, hatinya sentiasa tidak tenteram.
A. Selagi B. Sejak
C. Sementara D. Apabila
442. Entah esok ______ lusa abangnya akan pulang dari luar negeri.
A. dan B. atau
C. lalu D. tetapi
443. Abang mengucapkan selamat tinggal _____ melambai-lambaikan
tangannya.
A. malah B. maka
C. sambil D. tetapi
444. Ibu berpesan ______ kami berjimat cermat.
A. manakala B. supaya
C. hingga D. tetapi
445. Kami yakin ______ kamu tidak bersalah.
A. bahawa B. selagi
C. agar D. jika
446. Janganlah percaya pada cerita yang _____
itu.
A. karut-marut B. lambat-laun
C. kumat-kamit D. remeh-temeh
447. Kedai itu menjual ________ barang keperluan harian.
A. serba-serbi B. segar-bugar
C. serbah-serbih D. kumat-kamit
448. Adik-beradiknya ______ belaka.
A. lalu-lalang B. suku-sakat
C. riuh-rendah D. ramah-tamah
449. Rambut Ramona _______ selepas bangun daripada tidur.
A. kucar-kacir B. kusut-masai
C. haru-biru D. huru-hara
450. Kami tidak dapat mendengar pengumuman itu kerana keadaan ketika
itu _______.
A. lekak-lekuk B. karut-marut
C. sunyi-sepi D. hingar-bingar
CONGAK TATABAHASA 10
451. ______ orang ramai kedengaran apabila beliau selesai berucap.
A. Hingar-bingar B. Remeh-temeh
C. Sorak-sorai D. Riuh-rendah
452. Banyak kenderaan yang _____ di jalan ini
setiap hari.
A. bongkar-bangkir B. bolak-balik
C. lalu-lalang D. pindah-randah
453. Ada _____ bahawa beliau akan bersara.
A. sedu-sedan B. haru-biru
C. desas-desus D. kacau-bilau
454. Ayah panas hati ______ melihat tandas yang kotor itu.
A. sambil B. agar
C. jika D. apabila
455. Kita harus menghormati semua orang, _____ yang tua _____ yang
muda.
A. sedangkan…ini B. makin…makin
C. baik…mahupun D. bukan saja..tetapi
456. “Perangai budak itu ______ baik ____tidak.” kata kakak kepada saya.
A. makin..makin B. entah…entah
C. walaupun…namun D. sedangkan ataupun
457. ______ tinggal bersendirian di rumah, _____ ikut kakak.
A. Daripada…lebih baik
B. Baik…..mahupun
C. Sungguhpun……namun
D. Bukan saja…..tetapi juga
458. _____ dia cacat, _____ dia tidak mengharapkan bantuan orang lain.
A. Sungguhpun….. namun
B. Jangankan ….pun
C. Baik…..mahupun
D. Daripada…..lebih baik
459. Maklumat dalam risalah ini _______ boleh dipercayai _______ tidak.
A. entah..entah
B. baik….mahupun
C. daripada….lebih baik
D. sedangkan….tambahan pula
460. ______ abang, ayah _____ tidak dapat mengangkat kotak itu.
A. Baik…..ataupun
B. Sungguhpun….namun
C. Jangankan…. Pun
D. Walaupun…..tetapi
461. ______ Jailani ______ Razif sungguh handal bermain badminton.
A. Makin….makin
B. Baik…..mahupun
C. Jangankan …..pun
D. Sungguhpun ….namun
462. Azlifah ______ apabila ternampak akan seekor tikus menuju ke
arahnya.
A. menjerit-jerit B. ternanti-nanti
C. menggaru-garu D. teragak-agak
463. “Cubalah berbincang, _____ masalah ini dapat diselesaikan.
A. Makin….makin
B. Baik…..mahupun
C. Jangankan……pun
D. Sungguhpun…..namun
464. Lampu pelita itu _____ lalu padam.
A. terkinja-kinja B. terkelip-kelip
C. terkial-kial D. terlayang-layang
465. Dia _______ barang-barang perak itu.
A. mencuci-cuci B. menyapu-nyapu
C. membilas-bilas D. menggosok-gosok
466. Perangai Azimah masih ______ walaupun usianya hampir lapan belas
tahun.
A. kecil-kecilan B. kegila-gilaan
C. keanak-anakan D. kemalu-maluan
467. Percakapan orang itu tidak saya fahami kerana ayatnya ________.
A. berliku-liku B. berbelit-belit
C. berpusing-pusing D. berderet-deret
468. Ibu _______ kepala adik untuk memujuknya.
A. menggaru-garu B. meronta-ronta
C. meraba-raba D. mengusap-usap
469. Kampung itu kebanjiran selepas hujan lebat selama dua hari _______.
A. berturut-turut B. berderet-deret
C. bergilir-gilir D. berderai-derai
470. Saya tidak _____ mendenda sesiapa yang datang lewat.
A. terlonjak-lonjak B. ternanti-nanti
C. tertunggu-tunggu D. teragak-agak
471. Orang ramai ______ berkunjung ke ekspo itu.
A. berpusu-pusu B. berlumba-lumba
C. berlari-lari D. beria-ia
472. Ramu ________ mengangkat batu yang besar dan berat itu.
A. upaya B. berupaya
C. terupaya D. mengupayakan
473. Murid yang hilang dua hari lalu itu telah ______ di kawasan hutan
tebal di tebing sungai itu.
A. terjumpa B. menjumpai
C. berjumpa D. dijumpai
474. Biawak itu _____ perlahan-lahan ke arah reban ayam itu.
A. menyusur B. melompat
C. merangkak D. mengengsot
475. Pekerja itu _____ daun the lalu memasukkannya ke dalam bakul.
A. memotong B. menggunting
C. memungut D. memetik
476. Pak Akub yang _______ setelah bekerja sehari-harian tidur dengan
lenanya.
A. kemerosotan B. kelemahan
C. kecemasan D. kelesuan
477. Jentik-jentik ialah anak nyamuk yang masih ______ ulat dan hidup di
dalam air yang bertakung dan bersih.
A. semacam B. berupa
C. sekan-akan D. serupa
478. Kakak membubuh garam yang disangkakannya gula hingga
menyebabkan kek coklat yang dimasaknya terasa amat ______.
A. lekit B. masin
C. pahit D. tawar
479. Bau ikan keli yang belum diasamkan itu agak ________.
A. hapak B. hanyir
C. hancing D. hamis
480. Redan _____ perahunya itu pada sebatang kayu panjang.
A. menyimpul B. memberkas
C. melihat D. menambat
481. Ravi mengadu ________ dia diperas ugut oleh Kumar dan kawannya.
A. bahawa B. lalu
C. agar D. sambil
482. Petani itu membawa beberapa ______ pucuk paku dan tiga _____
pisang emas.
A. ikat…tandan B. berkas….sikat
C. sikat…biji D. batang…tandan
483. Puan Zarina menghadiahi suaminya dua _____ pewangi dan
se_____tali leher semasa hari lahirnya.
A. keping..utas B. botol….utas
C. tin…helai D. botol….ikat
484. Pak Atan _____ daun-daun pokok di kebun bunganya.
A. mencantas B. menebas
C. menebang D. menyabit
485. Sundram _____ beg itu di atas kepalanya.
A. membimbit B. menatang
C. menggalas D. menjunjung
486. Dia mengurut-urut kakinya yang _____ itu.
A. keras B. kejang
C. tegang D. cekang
487. Cikgu Aris sedang sibuk membuat _____ untuk majlis perpisahan itu.
A. penyediaan B. persediaan
C. kesediaan D. menyediakan
488. ______ nelayan di pulau itu semakin berkurang.
A. Tangkapan B. Penangkapan
C. Penangkap D. Tertangkap
489. ______ anak tikus, anak kucing _____ dia geli.
A. Makin….makin
B. Jangankan…..pun
C. Bukan saja….bahkan juga
D. Sungguhpun….namun
490. _____kejadian itu, hatinya senantiasa tidak tenteram.
A. Sejak B. Selagi
C. Sementara D. apabila
491. Ibu memasukkan bebrapa ______ bawang dan _____ garam ke dalam
gulai itu.
A. potong…..sebutir B. iris….secubit
C. keping….sebuah D. biji…..sebuku
492. Ghani membeli ______ filem dari _____
kedai gambar di pekan itu.
A. selembar…sebutir B. seurat…sebiji
C. sehelai….sebuah D. segulung…sebuah
493. Budak yang _____ itu dipukul oleh bapanya kerana mencuri buah
jambu.
A. cepat tangan B. ringan tulang
C. dalam tangan D. buah tangan
494. Sulaiman meninggalkan kampung untuk ________ di kota.
A. mengadu domba B. mengadu untung
C. mengikut jejak D. mengambil hati
495. Hari inflasi sifar telah _____ oleh Datuk Seri Megat Junid di Kota
Kinabalu, Sabah.
A. dilancarkan B. diumumkan
C. diberitahu D. dihebahkan
496. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual di kedai Rahim _______
kesegarannya.
A. dijamun B. dilihat
C. diatur D. dipilih
497. Pak Dollah ______ beberapa biji buah mangga dengan galah di
belakang rumahnya.
A. memungut B. mengambil
C. memetik D. menjolok
498. Ibu sedang ________ sambal di dapur.
A. menumbuk B. mengetuk
C. memukul D. melumat
499. “Saya bimbang ______ Siti tidak menerima pesanan kita,” kata Puan
Lim kepada suaminya.
A. moga-moga B. takut-takut
C. jika-jika D. kalau-kalau
500. Rokiah ______ apabila tiba di bandar raya London buat kali pertama.
A. teragak-agak B.tercengang-cengang
C. terkapai-kapai D. tertanya-tanya
CONGAK TATABAHASA 11
501. Petai yang dijual oleh Pak Abu tinggal beberapa _______ sahaja.
A. keping B. tangkai
C. biji D. papan
502. Beberapa _______ rumah dan dua ______ kedai musnah dalam
kebakaran pada awal pagi tadi.
A. buah…deret B. buah…jalur
C. keping…dua D. deret…jalur
503. Orang ramai _____ menderma darah kepada golongan yang
memerlukannya.
A. disuruh B. diperintah
C. diseru D. diminta
504. Kereta abangnya rosak kerana _____ sebatang pokok ketika hujan
lebat.
A. dihempap B. ditindih
C. ditindas D. ditimpa
505. Saya bersetuju untuk ______ kem motivasi yang akan diadakan pada
minggu hadapan.
A. mengalami B. menyertai
C. menjalani D. memasuki
506. Barang keluaran industri tempatan telah berjaya _______ pasaran
antarabangsa.
A. melalui B. menyertai
C. menembusi D. melulusi
507. Penonton keluar ______ dari stadium setelah menyedari kejadian
kebakaran di situ.
A. bertolak-tolakan B. beransur-ansur
C. berpusu-pusu D. berderet-deret
508. Suaranya _____ apabila menjawab soalan ketika di temu duga.
A. terngiang-ngiang B. terbisik-bisik
C. termangu-mangu D. terketar-ketar
509. Kebakaran di kampung setinggan itu dipercayai berpunca daripada
______ rokok.
A. sepuntung B. sebatang
C. sebilah D. sekerat
510. Dia menembak lima ______ tembakan dengan menggunakan _____
senapang patah.
A. das…selaras B. ketul…sebilah
C. butir…sepatah D. biji…sebatang
511. Mesej baik yang _____ dalam muzik akan memberi manfaat kepada
para pendengar.
A. diselitkan B. dimasukkan
C. digabungkan D. didedahkan
512. Penduduk kampung berasa _______ terhadap ibu bapa kanak-kanak
yang mati lemas itu.
A. sedih B. sebak
C. simpati D. terharu
513. Barisan pertahanan yang ______ banyak membantu pasukan bola
sepak sekolah menjuarai kejohahan itu.
A. kukuh B. mantap
C. gagah D. teguh
514. Pergaduhan yang _______ antara kedua-dua belah pihak itu
disebabkan oleh salah faham.
A. dicetus B. mencetuskan
C. dicetuskan D. tercetus
515. Puan Aina tersenyum melihat Ali _______ sup daging kegemarannya.
A. hirupan B. terhirup
C. menghirup D. menghirupkan
516. Azizah berjanji akan ______ hutangnya kepada Salmah setelah
mendapat bonus.
A. dilunasi B. berlunaskan
C. berlunas D. melunaskan
517. Cikgu Rahman tidak menerima alasan yang _______ daripada pelajar
yang ponteng itu.
A. bukan-bukan B. mentah-mentah
C. mentang-mentang D. sia-sia
518. Jika kita ada tabungan, kita dapat menggunakannya pada waktu
________.
A. payah-payah B. susah-susah
C. sesak-sesak D. sukar-sukar
519. ______ ayah menyayangi Amir, ______ tidak semua permintaan Amir
diturutinya.
A. Sungguhpun…..tetapi
B. Sungguhpun…..namun
C. Walaupun….. di samping itu
D. Walaupun….. bagaimanapun
520. Kamala masih memakai barang kemas ke sekolah _____ dia tahu
perbuataannya itu melanggar peraturan.
A. malah B. sedangkan
C. bagaimanapun D. walaupun begitu
521. Pekerja lombong emas itu didakwa kerana mencuri ______ emas.
A. selonggok B. selembar
C. sejurai D. setongkol
522. Ketika majlis konvokesyen, Anita memberi kakaknya ______ bunga
di dalam bakul.
A. serumpun B. sekayu
C. sejambak D. sekuntum
523. Bijih timah ______ terlebih dahulu sebelum dijadikan jongkong untuk
dieksport.
A. digilis B. dileburkan
C. dibersihkan D. ditapis
524. Bakat yang ada pada seseorang seharusnya ________ sejak kecil lagi.
A. dipulih B. dibina
C. dipupuk D. dibuat
525. Aini _____ beberapa kuntum bunga mawar dari halaman rumah.
A. memetik B. memungut
C. mengambil D. mengerat
526. Pihak polis berjaya memberkas ahli kumpulan samseng yang _____
anak jutawan.
A. mencuri B. menculik
C. merampas D. menyembunyikan
527. Wakil penduduk setinggan Kampung Maju menerangkan dengan
_____ masalah yang dihadapi oleh mereka.
A. panjang lebar B. terus-menerus
C. berlanjut-lanjutan D. panjang-panjang
528. Pemuda itu ______ apabila semua orang memandang ke arahnya.
A. teragak-agak B. tersipu-sipu
C. termalu-malu D. terkapai-kapai
529. Mak Cik Sabariah memberikan _____ tebu kepada setiap anaknya.
A. sekerat B. sekeping
C. seruas D. seketul
530. Adnan memakan lima _____ sate dan _____ buah limau.
A. batang…ketul B. cucuk…sebiji
C. keping…butir D. papan…seulas
531. Kawasan perumahan di tepi sungai itu telah _____ air ketika musim
tengkujuh pada tahun lepas.
A. dibawa B. ditelenggami
C. dibasahi D. diliputi
532. Shamin telah _____ sebagai Ketua Pengawas di sekolahnya.
A. dicalonkan B. dinamakan
C. dimaklumkan D. dihebahkan
533. Pelajar itu cuba ______ ayahnya melalui telefon semalam.
A. menghubungi B. mendekati
C. memaklumi D. memberitahu
534. Badut itu berjaya ______ hati kanak-kanak dengan persembahan yang
amat melucukan.
A. menarik B. mengambil
C. mencuit D. menawan
535. Para nelayan terpaksa bekerja ______ untuk menyara keluarga mereka.
A. huyung-hayang B.tunggang-langgang]
C. tungkus-lumus D. lintang-pukang
536. Perkara itu haruslah difikirkan _____ sebelum kamu bertindak.
A. masak-masak B. mentah-mentah
C. bulat-bulat D. benar-benar
537. Keluarga Amir mempunyai beberapa _____ rumah sewa di bandar.
A. bidang B. deret
C. pintu D. papan
538. Ibu memakai ______ subang dan dua _____ cincin.
A. sebuah…bentuk B. sepasang…bentuk
C. sebentuk…jenis D. sejenis…pasang
539. Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Kuala Perai berjaya _____
kegagalan tahun lalu dengan muncul sebagai johan pada tahun ini.
A. membuang B. menebus
C. menumpas D. menggembirakan
540. Azman Adnan merupakan pemain sensasi dan ______ dalam Pasukan
Bola Sepak Selangor.
A. terkuat B. terbaru
C. terkenal D. terpandai
541. Ahmad akan _____ ke Jepun pada bulan depan.
A. melancung B. melawati
C. melancong D. lawat
542. _____ Selat Melaka dicemari tumpahan minyak.
A. Pengairan B. Perairan
C. Aliran D. Pengaliran
543. “Saya akan mengesahkan salinan sijil ini _____ melihat sijil yang
asal,” kata pengetua kepada Sani.
A. sehingga B. kecuali
C. setelah D. melainkan
544. Kertas Ujian Bahasa Melayu ini ______ untuk murid-murid Tahun 5.
A. adalah B. ialah
C. dibuat D. disedia
545. ______ Azhan bijak dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris _____ dia
lemah dalam mata pelajaran Matematik.
A. Sungguhpun…..tambahan pula
B. Sungguhpun…..meskipun
C. Sungguhpun….. namun
D. Sungguhpun….. sementara
546. Dia _____ saya yang awak ingin jumpa?
A. atau B. ataupun
C. kecuali D. tetapi
547. Dia berlari ______ apabila dikejar anjing.
A. awal-awal B. bertungkus-lumus
C. serta-merta D. lintang-pukang
548. Mereka berdua tidak pernah _____ satu sama lain walaupun mereka
tinggal sekampung.
A. menegur B. berjumpa
C. mengenali D. bertemu
549. Walau apa juga rintangan yang datang, dia tetap menghadapinya dengan
_____ yang tabah.
A. suasana B. semangat
C. hati D. jiwa
550. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia akan ________ beberapa pasukan
penyelamat di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan.
A. mengaturkan B. mengaturkan
C. meletakkan D. menempatkan
CONGAK TATABAHASA 12
551. Pokok buah-buahan yang selalu_____ itu hidup subur.
A. disirami B. dicantas
C. dibajai D. dijaga
552. Berat badannya telah bertambah, seluar yang dibelinya setahun yang lalu
tidak ______ dipakai.
A. boleh B. masuk
C. sendat D. muat
553. Kebanyakan daging ______ yang dijual di Malaysia diimport dari
Australia.
A. ais B. beku
C. keras D. merah
554. Pada masa kegawatan ekonomi, banyak hotel ______ pakej penginapan
yang istimewa.
A. menawarkan B. tawaran
C. ditawarkan D. bertawaran
555. Mesyuarat Agung PIBG telah _______beberapa kali pada tahun lepas.
A. bertangguh B. ditangguh
C. tertangguh D. menanguhkan
556. Samad yang sering ponteng sekolah itu _________ dalam kebanyakan
mata pelajaran.
A. meninggalkan B. ketinggalan
C. ditinggalkan D. tertinggal
557. Suzi keluar secara ____ dari dewan peperiksaan.
A. sunyi-sunyi B. cepat-cepat
C. senyap-senyap D. takut-takut
558. Pasukan bomba yang sampai _______ pukul enam pagi itu telah berjaya
mengawal kebakaran.
A. awal-awal B. agak-agak
C. kira-kira D. tepat-tepat
559. _____ orang yang sabar akan dapat mengawal perasaannya_____ dalam
keadaan marah.
A. Sesungguhnya…..walaupun
B. Sesungguhnya…..bagaimanapun
C. Walaupun…..biarpun
D. Biarpun…..walaupun
560. Konsert yang keterlaluan banyak mendatangkan kesan buruk kepada
remaja, _______ pihak kerajaan telah mengharamkannya.
A. oleh sebab itu B. oleh kerana iru
C. jika begitu D. maka dengan itu
561. Adik saya menghabiskan lima ______ buah durian sekali gus.
A. kotak B. butir
C. buah D. pangsa
562. Pak Long membawa pulang ______ serai dari kebun sayurnya.
A. selonggok B. serumpun
C. selambak D. sehelai
563. Kami _____ oleh Pak Samad untuk memakan buah rambutan di dusunnya.
A. dipelawa B. dipanggil
C. diminta D. diseru
564. Ketika berada di puncak Menara Kuala Lumpur, saya berasa______
apabila memandang ke bawah.
A. gamam B. kecut
C. gayat D. sayup
565. Pesilat itu mempamerkan pergerakan yang _____ dan mahir dalam
bermain senjata.
A. pantas B. lincah
C. cekap D. tangkas
566. Tentera Indonesia berjaya mengawal _______ pelajar yang semakin ganas.
A. perusuh B. merusuh
C. perusuhan D. rusuhan
567. Semua ______ madu yang tertumpah di atas meja makan itu.
A. menghurung B. menghurungi
C. dihurung D. terhurung
568. Sambil berkata sesuatu, Elman ______ nasi ke pinggan.
A. mengaut B. mengautkan
C. terkaut D. berkaut
569. Cadangan Osman telah ditolak _______ oleh rakan-rakannya.
A. tepat-tepat B. hidup-hidup
C. bulat-bulat D. terang-terang
570. Salwa tidak hadir majlis jamuan kelas, ______ dia kecil hati dengan ketus
kelasnya.
A. entah-entah B. benar-benar
C. kalau-kalau D. sah-sah
571. ______ harga barang import mahal, _____ barang keluaran tempatan
menjadi pilihan pengguna.
A. Walaupun….namun
B. Meskipun…..oleh itu
C. Oleh sebab…..maka
D. Oleh kerana…..maka
572. Kata-kata Anis telah menyinggung perasaan Nita, _____ mereka tidak
bertegur-sapa.
A. sebab itu B. kalau begitu
C. oleh yang demikian D. lantaran itu
573. Polis telah melepaskan beberapa ______ tembakan ke arah perompak itu.
A. kaki B. das
C. biji D. butir
574. ________ kambing telah terlepas kerana Tuk Ki terlupa menutup pintu
kandang.
A. Serumpun B. Sekumpulan
C. Sekawan D. Segerombolan
575. Corak persembahan yang ditunjukkan oleh penari sekolah itu telah ______
kebanyakan penonton.
A. melekakan B. mengejutkan
C. mendebarkan D. mempesonakan
576. Pemenang teka kata Utusan Malaysia dikehendaki ______ ke pentas untuk
menerima hadiah.
A. maju B. hadir
C. tampil D. datang
577. Lubang besar di hujung kampung itu telah _____ supaya tidak
membahayakan orang ramai yang lalu-lalang di situ.
A. ditambak B. dikambus
C. ditembok D. dilupus
578. Keadaan aman dan harmoni akan dapat ______ dalam masyarakat apabila
konsep kejiranan diterapkan sepenuhnya.
A. diwujudkan B. kewujudan
C. mewujudkan D. wujudkan
579. Zat makanan seperti karbohidrat, protein dan mineral yang ______ dalam
buah kurma amat berkhasiat.
A. terkandung B. dikandungi
C. mengandungi D. mengandungkan
580. Harga barang import ______ sejak kebelakangan ini apabila negara
mengalami kegawatan ekonomi.
A. dilambung B. melambung
C. berlambung D. terlambung
581. Samsul memeluk ibunya ______ sebelum berlepas ke luar negara untuk
melanjutkan pelajaran.
A. kuat-kuat B. erat-erat
C. kemas-kemas D. ketat-ketat
582. Ibu sering memikirkan perkara yang _____ apabila saya pulang lewat dari
sekolah.
A. tidak-tidak B. baik-baik
C. bukan-bukan D. buruk-burk
583. ______ Amin sering diejek oleh rakan- rakannya, _____ dia tidak
mempedulikan ejekan mereka itu.
A. Walaupun….maka
B. Walaupun….. namun
C. Walaupun …..bagaimanapun
D. Walaupun….malah
584. Halim tidak menyesali kegagalannya pada semester lepas, ______ dia
bersyukur kerana kini dia sedar akan kelemahannya itu.
A. namun B. tetapi
C. malah D. maka
585. Kak Ani membeli ______ anggur untuk anaknya yang baru sembuh
daripada demam itu.
A. sejambak B. sebiji
C. sebuah D. segugus
586. ______ pengganas telah diserang hendap oleh tentera kerajaan pada awal
pagi semalam.
A. Sepasukan B. Segerombolan
C. Serumpun D. Sejumlah
587. Puan Zetty telah _____ untuk menyampaikan ceramah tentang teknik
belajar.
A. diajak B. diseru
C. diminta D. diundang
588. Kamal berasa ______ apabila kali pertama naik ke pentas.
A. gugup B. ganjil
C. kecut D. gerun
589. Mak Limah terlalu______ hendak menimang cucu.
A. gembira B. ghairah
C. gementar D. gelabah
590. Encik Lani mempunyai ______ di bank.
A. menabungkan B. ketabungan
C. tabungan D. penabungan
591. Dia memberikan diri untuk ______ di khalayak ramai.
A. berucap B. ucapan
C. mengucap D. diucapkan
592. Dia sempat _______ pada sebatang kayu apabila
perahunya karam.
A. dipaut B. memaut
C. berpaut D. terpaut
593. Puteri mengikat rambutnya ______ sebelum pergi ke sekolah.
A. cantik-cantik B. comel-comel
C. kemas-kemas D. kuat-kuat]
594. Pemuda itu bercakap perkara yang ______ kerana dia sedang mabuk.
A. lucu-lucu B. bukan-bukan
C. baik-baik D. benar-benar
595. _____ dia tidak memenangi acara tersebut, _______ hatinya puas kerana
telah mencuba.
A. Biarpun…meski B. Biarpun…tetapi
C. Biarpun…maka D. Biarpun…walau
596. Sejak meninggalkan bangku sekolah, semua rakannya membawa
__________ masing-masing.
A. jurusan B. aliran
C. haluan D. langkah
597. Dia dapat _______ jawapan kuiz itu dengan betul.
A. meramal B. meneka
C. menyangka D. memikir
598. Datuk dan Pak Cik Azman sedang _______ dodol di belakang rumah.
A. mengacau B. membancuh
C. mengadun D. menggaul
599. Pak Cik Ahmad ________ getah setiap pagi untuk mencari rezeki.
A. menghiris B. menggores
C. menoreh D. menggaris
600. Tunggulah di sini ______ saya membeli surat khabar di kedai itu.
A. manakala B. sementara
C. semenjak D. padahal
CONGAK TATABAHASA 13
601. Ahmad akan terus bekerja di syarikat itu ______khidmatnya dihargai.
A. selagi B. manakala
C. supaya D. apabila
602. Malaysia sedang mengalami kegawatan ekonomi. __________ rakyat
diseru supaya berjimat cermat.
A. Akibatnya B. Sehubungan itu
C. Sememangnya D. Kesimpulannya
603. Emak menghantar beberapa _______ kuih ke rumah jiran.
A. hiris B. bentuk
C. ketul D. potong
604. Beberapa _______ dakwat merah tertumpah di bajunya.
A. titik B. bentuk
C. ketul D. potong
605. Penjenayah itu terpaksa _______ tentang kumpulannya apabila disoal
siasat oleh pihak polis.
A. membuka mata B. membuka jari
C. membuka telinga D. membuka rahsia
606. Edrina ________ seketika apabila mengetahui bahawa suaminya
seorang pengedar dadah.
A. putih mata B. hancur hati
C. jauh hati D. hilang akal
607. Datuk ______ kepala ke tingkap untuk melihat orang yang memberi
salam di luar pagar.
A. mengintaikan B. menjengahkan
C. menjengukkan D. meninjaukan
608. Tayar basikal adik menjadi ______ apabila tercucuk sebatang paku.
A. kecut B. kedut
C. kerepot D. kempis
609. Peserta itu diminta supaya______ salinan kad pengenalan pada
borangnya itu.
A. mengiringkan B. mengepilkan
C. mendampingkan D. mengikatkan
610. Kehidupannya masih ______ oleh keluarganya walaupun sudah
dewasa.
A. dikurung B. dikongkong
C. dikepung D. dikandang
611. Ayah membersihkan sekitar rumah _______ nyamuk tidak dapat
membiak.
A. jika B. bahawa
C. supaya D. malahan
612. Pengurus pasukan tersenyum lebar _______ pasukannya memenangi
perlawanan itu.
A. lantaran B. setelah
C. jika D. padahal
613. Semua murid diminta hadir petang ini. ________ mereka dikehendaki
supaya membawa pakaian sukan juga.
A. Di samping itu B. Sebaliknya pula
C. Oleh sebab itu D. Tambahan pula
614. Selendang biru itu disulam dengan bebrapa _______ benang perak.
A. urat B. utas
C. helai D. buku
615. Encik Rahman memiliki tujuh _______ kolam ikan air tawar.
A. bidang B. buah
C. biji D. batang
616. Ahmad seorang pelajar yang ______ kerana dia mudah memahami
pelajran yang diajar
oleh guru.
A. putih hati B. otak cair
C. besar hati D. otak kering
617. Anak Pak Cik Roslan ________ kerana terlalu dimanjakan oleh
datuknya.
A. naik marah B. naik harga
C. naik angin D. naik lemak
618. Rangkap sajak yang dibawa oleh adik itu ________ daripada karya
penyajak yang terkenal.
A. dicapai B. dipetik
C. disalin D. dipungut
619. Peniaga buah durian itu memasukkan buah durian ke dalam ______
rotan.
A. kantung B. kampit
C. keranjang D. bakul
620. Rambut pelajar itu _______ oleh guru disiplin kerana terlalu panjang.
A. digunting B. dipangkas
C. dibelah D. dicantas
621. Pelayan itu _______ dulang yang berisi hidangan untuk para tetamu.
A. menjinjing B. menatang
C. menyandar D. menjulang
622. Dino tidak memakai lencana sekolah ________ dia didenda oleh guru
disiplin.
A. serta B. maka
C. jika D. lalu
623. Semua pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu _______
Azian.
A. kecuali B. sambil
C. serta D. apabila
624. Pada malam pernikahannya, setiap tetamu diberi se_______ bunga
rampai.
A. cebis B. cubit
C. jemput D. tongkol
625. Dia memenangi peraduan itu dengan mengemukakan _______ ayat
yang menarik.
A. serangkap B. sebaris
C. seuntai D. sederet
626. Azmir dan Amira tidak berani ______ apabila ayah memarahi mereka.
A. campur tangan B. mengangkat muka
C. memberi muka D. ringan mulut
627. Dia terpaksa _______ daripada pertandingan itu kerana kecederaan
yang dialaminya.
A. mengambil berat B. memerah otak
C. langkah seribu D. menarik diri
628. Pihak polis sedang ______ kes rompakan yang berlaku di institusi
kewangan semalam.
A. meneliti B. meninjau
C. mengkaji D. menyiasat
629. Semua pelajar dikehendaki ______ gambar sebuah bangunan yang
tercantik di bandar itu.
A. mencoret B. melakar
C. menconteng D. mengecat
630. Akhirnya dia termakan ________ jurujual supaya membeli barang itu.
A. pujukan B. dorongan
C. galakkan D. ajakan
631. Orang itu sangat dibenci oleh penduduk kampung kerana suka
________ orang miskin.
A. menyumpah B. mencerca
C. menjerit D. membentak
632. Syarikat itu ________ muflis oleh mahkamah kerana gagal membayar
hutang.
A. diberitahu B. dimaklumkan
C. diumumkan D. diisytiharkan
633. Novel yang dibaca olegh abang berkisar _______ politik negara.
A. dengan B. tentang
C. terhadap D. sampai
634. Dia mengakui ________ terdapat kecuaian dalam pengurusan
syarikatnya.
A. bahawa B. walaupun
C. melainkan D. kerana
635. Jalan raya itu dinaiki air _______ hujan lebat semalam.
A. tetapi B. mahupun
C. semenjak D. kerana
636. _______ awak termenung _______ awak memberikan burung itu
makan.
A. Mahupun….. sama ada
B. Baik…… mahupun
C. Semakin……semakin
D. Daripada……labih baik
637. Apabila dimarahi oleh abangnya, Murad terus__________ dari situ.
A. langkah kiri B. angkat diri
C. beralih angin D. angkat muka
638. “Saya datang ke bandar raya ini untuk _______,” kata Farid kepada
kawannya.
A. mengikut jejak B. mencari jalan
C. mengadu domba D. mengadu untung
639. Paki Cik Yaasin _______ ruang lapang itu menjadi beberapa bilik
kecil.
A. menahan B. menyekat
C. menghalang D. membentang
640. Syarikat itu telah ______ seorang artis terkenal untuk memeriahkan
majlis makan malam.
A. mengajak B. mempelawa
C. menjemput D. mengundang
641. Emak sedang ______ nasi di dapur untuk makan malam.
A. menjerang B. menanak
C. merebus D. mengukus
642. Adik sudah pandai _______ minuman menggunakan straw.
A. menyedut B. menelan
C. meneguk D. mengukus
643. Cermin kereta ayah _______ kerana terkena sebiji batu.
A. retak B. belah
C. patah D. hancur
644. Kereta yang dipandu ______ laju itu telah ditahan oleh pihak polis
trafik.
A. pada B. dengan
C. oleh D. hingga
645. ________ melanjutkan pelajran ke universiti, Imran jarang pulang ke
kampung.
A. Sejak B. Mengenai
C. Daripada D. Hingga
647. Ayahnya telah membeli ______ tanah sawah di hujung kampung itu.
A. sebatang B. selembar
C. sebidang D. sebaris
648. Emak membeli beberapa ______ petai di gerai Pak Malik.
A. petak B. potong
C. hiris D. papan
649. Azmir _______ kepada Naim sekeluarga kerana membantunya dalam
kemalangan itu.
A. berbelah bagi B. membuka jalan
C. terhutang budi D. berhati batu
650. Edrina dan Al sering _______. Ada-ada sahaja yang tidak kena pada
mereka.
A. perang mulut B. mulut banyak
C. mulut murai D. mengandu domba
CONGAK TATABAHASA 14
651. Halim ______ keretanya agar dapat cepat sampai di rumah.
A. melancarkan B. membanyakkan
C. melajukan D. menyegerakan
652. Ibu menggunakan _________ kain bersih untuk membalut luka pada
kaki Nani.
A. serpihan B. lembaran
C. helaian D. cebisan
653. Pemuda itu ______ beg wanita tersebut lalu berlari dengan pantas.
A. mengambil B. menyambar
C. memungut D. merampas
654. Nasi yang _________ oleh kakak sudah masak.
A. direbus B. dijerang
C. ditanak D. dikukus
655. “Tiga hari lagi _______ akan menghadap sultan,” kata Hang Tuah
kepada kawan- kawannya.
A. patik B. kita
C. hamba D. tuan hamba
656. Maafkan _____, siapakah nama saudara?
A. daku B. saya
C. engkau D. baginda
657. Encik Silvam meletakkan ______ bunga di leher menteri itu semasa
ketibaannya.
A. sejambak B. sekalung
C. serumpun D. sekuntum
658. Nelayan itu menggunakan _______ jala untuk menangkap ikan.
A. sehelai B. sepasang
C. selembar D. serawan
659. ______ melintas jalan raya, kita perlulah melihat ke kiri dan ke kanan
dahulu.
A. Jika B. Maka
C. Sebelum D. Agar
660. Safiah _____ pandai dalam pelajran ______ cergas dalam bidang
sukan.
A. baik…..mahupun
B. sedangkan…… apatah lagi
C. bukan saja…… tetapi juga
D. sugguhpun…… namun
661. Berpeluh-peluh Hasmin______ basikalnya mendaki bukit kerana
tayarnya pancit.
A. menuntun B. menolak
C. menarik D. mengheret
662. Penjual tikar itu ______ barang-barang jualannya di atas kepala.
A. menjunjung B. membawa
C. memikul D. membimbit
663. Ayah menyuruh abang supaya berfikir ________ sebelum membut
keputusan untuk berhenti kerja.
A. cermat-cermat B. hati-hati
C. masak-masak D. puas-puas
664. Zaiton aktif dalam bidang penulisan. ______ dia telah dilantik sebagai
pengerusi Minggu Bahasa di sekolahnya.
A. Namun begitu B. Lagipun
C. Namun begini D. Oleh itu
665. ______ Nasir dilarang oleh ibunya mandi di tasik itu, _______ dia
tetap ke sana.
A. Biarpun…… hal demikian
B. Meskipun……namun
C. Sugguhpun……namun itu
D. Walaupun…… di samping itu
666. “Kamu boleh berjumpa dengan saya pada _______ masa,” kata Cikgu
Zain.
A. mana-mana B. apa-apa
C. siapa-siapa D. bila-bila
667. ______ kunci telah dijumpai oleh Sivam semasa bermain di padang
sekolah petang semalam.
A. Segumpal B. Segenggam
C. Sejambak D. Sekumpulan
668. Ibu memasukkan ______ garam ke dalam masakannya.
A. seketul B. selonggok
C. segenggam D. secubit
669. “Marilah ______ bertolak sekarang, hari pun hampir siang,” kata
Alang.
A. saya B. dia
C. kita D. mereka
670. Yang di-Pertuan Agong akan merasmikan bangunan baru itu.
________ dijangkakan hadir pada pukul 9.00 pagi.
A. Dia B. Beliau
C. Baginda D. Beta
671. Walaupun Izzat baru berumur dua tahun, namun dia sudah ______
bercakap.
A. lantang B. cergas
C. kuat D. petah
672. Orang ramai mengunjungi tempat-tempat rekreasi pada hujung minggu
untuk ______ fikiran dan melepaskan penat.
A. menyamankan B. menyejukkan
C. melapangkan D. mengasahkan
673. Kampung Seri Wangi telah ______ air sedalam 1.5 meter semasa
musim tengkujuh
yang lalu.
A. dipenuhi B. dilinangi
C. dimasuki D. ditenggelami
674. Ihsan masih tidur lagi ______ emaknya telah beberapa kali
mengejutnya.
A. walhal B. lantaran
C. manakala D. tetapi
675. Puan Lina suka membeli barangan import ________ harganya agak
mahal.
A. malahan B. kecuali
C. walaupun D. melainkan
676. Emak membubuh_____ serai ke dalam gulai ikan yang dimasaknya
itu.
A. serumpun B. sebatang
C. sekayu D. setongkol
677. Kak Limah membalut luka di tangan anaknya dengan ______ kain.
A. sehelai B. segulung
C. secebis D. sekeping
678. Kebanyakan mangsa kebakaran itu tinggal ________ apabila rumah
mereka hangus dijilat api.
A. sehelai sepinggang
B. sebatang kara
C. kaki ayam
D. keliling pinggang
679. Mereka kekenyangan setelah _______ di Restoran Aliza.
A. mencuci mata B. makan suap
C. menjamu selera D. menjamu mata
680. Dia sanggup ________ demi menyelamatkan budak itu daripada mata
lemas.
A. mati katak B. bergadai nyawa
C. ringan tangan D. memerah otak
681. Anak-anak ayam yang kehilangan ibu itu ______ di kawasan itu.
A. berkeliaran B. bertempiaran
C. bergelimpangan D. berlarian
682. Swee Chong _______ daging ayam itu sehingga lumat.
A. mengerat B. memangkas
C. mencencang D. menghiris
683. Chandran ______ lembunya pada sebatang pokok getah.
A. mengikat B. menambat
C. memberkas D. melilit
684. Keadaan majlis itu menjadi ______ apabila seorang budak lelaki
membaling batu ke rah pengantin.
A. lintang-pukang B. susup-sasap
C. gilang-gemilang D. kelam-kabut
685. Salim ______ telinganya yang gatal itu.
A. menjolok-jolok B. mengorek-ngorek
C. mencucuk-cucuk D. menguis-nguis
686. Kecekapannya ______ bot itu telah menyelamatkan penumpang-
penumpang itu.
A. kendalian B. pengendalian
C. terkendalian D. mengendalikan
687. Raja Abdullah telah ________ seluruh rakyat jelata supaya bekerja
keras.
A. titah B. menitahkan
C. dititahkan D. bertitah
688. Persahabatan mereka berdua umpama _______. Mereka tidak pernah
berenggang.
A. kuku dan isi
B. cincin dengan permata
C. kucing dengan permata
D. kunyit dengan kapur.
689. Masalah ________ untuk golongan berpendapatan rendah amat ketara
di kawasan-kawasan bandar.
A. rumah B. berumah
C. perumahan D. berumahkan
690. Abang ______ adik sebuah basikal kerana lulus cemerlang dalam
peperiksaan akhir tahun.
A. menghadiahkan B. menghadiahi
C. dihadiahkan D. dihadiahi
691. Hidupan liar harus ________ supaya dapat dilihat oleh generasi akan
datang.
A. melindungi B. dilindungi
C. dilindungkan D. melindungi
692. Adrina terjatuh lalu mukanya ______ ke tanah.
A. tersentuh B. tercuit
C. tersembam D. terhantuk
693. Puan Lina ________ pipi anaknya sebelum ke tempat kerja.
A. mengucup B. menghirup
C. menghisap D. mencium
694. Amira tertarik oleh corak kain batik itu _________ membelinya.
A. sambil B. lantas
C. sehingga D. sementara
695. Pertandingan itu akan dimulakan sebentar lagi, ______ peserta-peserta
diminta supaya bersedia.
A. oleh itu B. lebih-lebih lagi
C. di samping itu D. namun demikian
696. Penyanyi yang diundang itu akan menyampaikan beberapa _______
lagu asli.
A. bentuk B. buah
C. rangkap D. untai
697. Ismail ________ apabila mendapat berita tentang kemalangan yang
menimpa keluarganya.
A. gelap mata B. kecil hati
C. hilang akal D. tawar hati
698. Sikap Mak Tijah yang _______ itu bagai murai dicabut ekor saja.
A. berat mulut B. banyak mulut
C. kepala angin D. bertikam lidah
699. ______, tradisi gotong-royong ialah amalan yang tak lekang dek panas dan
tak lapuk dek hujan.
A. Seperti mana pun
B. Macam mana pun
C. Sebagaimanapun
D. Bagaimanapun
700. Polis telah menjumpai ______ kain milik mangsa yang diserang harimau
itu.
A. selembar B. secebis
C. segumpal D. sehelai
CONGAK TATABAHASA 15
701. ______ ahli kaji purba telah menemukan syiling lama Zaman Kesultanan
Melaka.
A. Sekawan B. Sekumpulan
C. Sepasukan D. Segerombolan
702. Shamila __________ memikirkan masalah yang dihadapinya.
A. bengang B. matang
C. bingung D. keliru
703. Setiap orang ________ pendapat yang berbeza-beza tentang pelantikan
beliau.
A. mengambil B. menerima
C. menyediakan D. memberikan
704. Budak lelaki itu dipanggil oleh pengawas kerana ________ gula-gula
getah semasa berada di dalam kelas.
A. mengunyah B. menggigit
C. menelan D. menggerit
705. Rasa buah itu _______ seperti mempelam muda.
A. manis B. masam
C. pahit D. kelat
706. Pelajar yang _______ membaca buku akan ______ pengetahuannya.
A. malas…cetek B. rajin…singkat
C. malas…dalam D. rajin…lemah
707. “Sebagai pelajar, kamu harus peka _______ isu semasa,” kata Cikgu
Azhan.
A. pada B. kepada
C. akan D. oleh
708. Keputusan mesyuarat ini _______ kepada suara ramai.
A. tergantung B. digantung
C. menggantung D. bergantung
709. Tolong bungkus lima _______ jagung dan _____ pisang raja untuk
mak cik.
A. tongkol……..setandan
B. tongkol…….sesisir
C. tangkai……sebiji
D. tangkai…….sesikat
710. Beberapa _______ kelapa sawit terjatuh dari lori itu.
A. tandan B. ketul
C. bongkah D. tangkai
711. Munirah membawa _______ langsat untuk neneknya.
A. sebiji B. segugus
C. sebuah D. setandan
712. Pegangan agama yang kukuh dapat mengelakkan seseorang daripada
______ ke lembah yang hina.
A. terjatuh B. terperosok
C. terjerumus D. terhumban
713. Pada masa lapang, nelayan itu _______ alannya yang koyak.
A. menyirat B. menyulam
C. menjahit D. menenun
714. Keputusan hakim adalah muktamad dan tidak boleh ______ lagi.
A. ditegur B. dibantah
C. diperkatakan D. dipertikaikan
715. Kak Rosnani berlalu dari situ tanpa ______ tetamu yang datang.
A. mengintai B. menyapa
C. melihat D. menjenguk
716. Sambil berlari, pelari itu sempat ______ air di dalam botol untuk
menghilangkan dahaga.
A. menghirup B. menjilat
C. meneguk D. menuang
717. ________ badannya masih lemah, ______ dia tetap mahu berjalan.
A. Walaupun…tetapi B. Jikalau…lalu
C. Sekiranya…malah B. Oleh sebab.. maka
718. Bolehlah saya tumpangkan awak ke bandar, ________ saya hendak ke
sana juga.
A. lagipun B. sekiranya
C. malahan D. namun
719. Beberapa _______ ubat nyamuk di dalam kotak itu telah patah.
A. papan B. keping
C. lingkar D. batang
720. “Tanyakan murid itu ______ yang membenarkan dia masuk ke sini?”
ketua pengawas mengarahkan Junid.
A. siapa B. apa
C. bila D. bagaimana
721. Nama pemenang akan diumumkan pada ______ masa sahaja dari
sekarang.
A. apa-apa B. bila-bila
C. mana-mana D. siapa-siapa
722. Semua tahanan bawah umur itu dibebaskan ________ ibu bapa mereka
datang membuat jaminan.
A. apabila B. kerana
C. selalu D. atau
723. Ahli sarkas itu melompat ______ memusingkan badannya dua kali.
A. walaupun B. tetapi
C. sambil D. jikalau
724. Semua murid pulang ke kelas masing- masing _______ mereka yang
ditahan ______ berambut panjang.
A. sebab…kerana B. selepas…sebab
C. kecuali…selepas D. kecuali…kerana
725. Api _______ dengan cepat kerana angin bertiup dengan kencang
semasa kebakaran itu.
A. membakar B. menjilat
C. merebak D. menyambar
726. Mak Cik Limah ________ paha anak bongsunya yang nakal itu.
A. memegang B. mencubit
C. memicit D. menyambar
727. Di pasar itu, udang kertas dijual dengan harga RM8.00 ________.
A. seekor B. selonggok
C. setompok D. seraga
728. Banyak golongan muda sekarang yang tidak tahu akan _______
keturunan mereka sendiri.
A. susah payah B. pahit getir
C. asal usul D. suka duka
729. Perempuan itu menangis _____ ketika menceritakan nasib malangnya.
A. tertahan-tahan B. terhenti-henti
C. tersekat-sekat D. teresak-esak
730. Si Tompok ________ pintu kerana hendak keluar.
A. mengais-ngais B. mengambus-ngambus
C. mencakar-cakar C. mengorek-ngorek
731. Wajah badut yang _____ itu sudah cukup melucukan kanak-kanak.
A. calar-balar B. copak-capik
C. corat-coret D. coreng-coreng
732. Petani itu membanting se_____padi ke dalam kepuk.
A. rumpun B. ikat
C. berkas D. batang
733. Orang tua itu menggobek beberapa ______ pinang, secubit gambir,
beberapa calit kapur, dan dua _____ sirih.
A. hiris…keping B. racik…helai
C. ketul…helai D. biji…pucuk
734. ______ hidup Pak Kassim serba kekurangan, _______ dia tidak
pernah menyesali nasibnya.
A. Oleh sebab itu….. namun
B. Walaupun ….. lagipun
C. Sungguhpun…..namun
D. Sungguhpun….tambahan pula
735. ______ ditegur ______ menjadi-jadi perangai Zeha itu.
A. Sekiranya…lalu B. Makin…makin
C. Walaupun…namun D. Meskipun..maka
736. Tanah di tebing sungai itu makin lama makin ______.
A. malap B. sebu
C. pupus D. mendap
737. Kumpulan pengakap yang keletihan itu _____ setelah tiba di puncak
bukit.
A. melepek B. melepuk
C. melepet D. melepoh
738. Strategi_____ budaya lepak di kalangan remaja akan dibincangkan
dalam mesyuarat itu.
A. menghapuskan B. menangani
C. menyekat D. menghentikan
739. Murid itu degil seperti ______.
A. keldai B. kerbau
C. semut D. lembu
740. Mereka mendapat pelbagai pengetahuan
daripada perkhemahan itu. ________,
mereka dapat menimba pengalaman juga.
A. Oleh sebab itu B. Sementara itu
C. Di samping itu D. Namun demikian
743. Saya mesti lulus dalam peperiksaan ini. ______, ayah akan memarahi
saya.
A. Jika tidak B. Namun begitu
C. Walaupun D. Oleh yang demikian
744. Kami tidak ______pendapatnya kerana pendapat itu _____ dengan
undang-undang negara.
A. setuju…bercanggah
B. menyetujui…bercanggah
C. persetujui…bersesuaian
D. menyetujui…berlawanan
745. Semasa______itu berlaku, tidak banyak kenderaan yang ______ di
situ.
A. kejadian…lalu B. menjadikan…berlalu
C. jadi …melalui D. terjadi ..lalu-lalang
746. Kawasan ini tidak dapat _______ kerana keadaan tanahnya yang
_________.
A. dilalui….berlumpur
B. berlalu… melumpuri
C. dilalukan… berlumpur
D. melalui… perlumpuran
747. Penyakit yang ________ nya tidak dapat ________ oleh doktor.
A. dialami…..mengesan
B. dialami….dikesan
C. pengalaman… pengesan
D. mengalami… mengesan
748. Tiap-tiap kumpulan dikehendaki _______ maklumat berdasarkan
peraturan yang ditentukan.
A. berasungan B. terasing
C. mengasingkan D. berasing
749. Encik Manjit baru saja menerima tempahan buku _______ beberapa
buah sekolah.
A. dari B. daripada
C. kepada D. pada
750. “Saya akan memberikan penjelasan yang sebaik mungkin ________
penanaman pokok secara hidroponik,” kata pegawai pertanian itu.
A. tentang B. daripada
C. kepada D. untuk
CONGAK TATABAHASA 16
751. Setelah meneliti permohonan daripada Encik Yaakob bin Haron,
pegawai itu bersetuju untuk ________ permohonan tersebut.
A. mengambil B. mengadili
C. menimbangkan D. melihat
752. Rancangan hiburan yang menjadi _______ ramai itu tidak lagi
ditayangkan di televisyen.
A. kecenderungan B. kesukaan
C. kegilaan D. keasyikan
753. Mahamud dan Mohamad _____ kerana berebut harta peninggalan ayah
mereka.
A. bertumbuk B. bergusti
C. bertelagah D. bercakaran
754. Orang ramai _______ melihat persembahan
ahli silap mata itu.
A. tercabar B. terharu
C. terpegun D. tergoda
755. Cikgu Ganesh menyuruh murid-muridnya membuat _______ sebelum
mewarnai lukisan itu.
A. contengan B. gurisan
C. garisan D. lakaran
756. Kerja-kerja _______ padi daripada tangkainya dilakukan dengan
menggunakan mesin.
A. meleraikan B. memencilkan
C. menjauhkan D. menanggalkan
757. Saya makan se_____keke dan minum se______jus oren di majlis hari
lahirnya tempoh hari.
A. keping…botol B. potong…gelas
C. ketul…cawan D. butir… gelas
758. Se______tombak dan se_____pistol adalah antara barang-barang yang
dijumpai di dalam gua itu.
A. batang…bilah B. bilah…pucuk
C. pucuk…bilah D. batang…keping
759. “Berapa _______tali yang perlu dibawa untuk pendakian kita nanti?”
tanya Wani.
A. batang B. lingkar
C. gulung D. helai
760. Sultan Ali bangun _______ bertitah, “Patuhilah undang-undang negeri
ini.”
A. dan B. seraya
C. kerana D. apabila
761. Ani suka bersendirian ______ di sekolah ______ di rumah.
A. sedangkan…apatah
B. baik…juga
C. sama ada…ataupun
D. lantaran … ataupun
762. ________ dua buah kapal tangki minyak di perairan Selat Melak telah
mengakibatkan laut kita tercemar.
A. Perlanggaran B. Terlanggar
C. Pelanggaran D. Dilanggar
763. Televisyen banyak ______ filem yang bercorak keganasan.
A. tayangan B. menayangkan
C. penayangan D. ditayangkan
764. Cerita ini hanya ______ semata-mata, tiada kaitan dengan sesiapa pun.
A. rekaan B. mereka
C. pereka D. perekaan
765. Kursus anjuran MARA itu bertujuan untuk melahirkan _______ yang
berjaya.
A. hartawan B. dermawan
C. usahawan D. budayawan
766. Kerajaan akan meneruskan usaha untuk _____ kemiskinan.
A. menhalang B. membasmi
C. membuang D. membaiki
767. Golongan _______ ada menyatakan bahawa wang mestilah menjadi
hamba dan bukan menjadi tuan kepada manusia.
A. muda-mudi B. alim ulama
C. tua-tua D. cerdik pandai
768. Bangunan yang ______ langit itulah yang menjadi kebanggan
Malaysia.
A. menyentuh B. memegang
C. menjangkau D. mencapai
769. Dia menulis dua ______ pantun dalam surat itu.
A. pucuk B. rangkap
C. patah D. pasang
770. Ayang menggunakan ______ mancis api untuk menyalakan ______
ubat nyamuk.
A. sepucuk…selingkar
B. sebatang…segulung
C. sebilah…segulung
D. sebilah…selingkar
771. Orang itu meminta ______ nasi dan _____ air daripada ibu.
A. seketul…sejag B. sepinggan…setitik
C. sebutir…setitik D. sekepal…seteguk
772. Dia amat berhati-hati, ______ setelah kejadian itu.
A. justeru B. lebih-lebih lagi
C. oleh sebab itu D. di samping itu
773. Kanjana demam._______, dia tetap pergi bekerja.
A. Walau bagaimanapun
B. Biarpun
C. Oleh itu
D. Sehubungan dengan itu
774. Abang menasihati saya supaya jangan _______ untuk meneruskan
pengajian di universiti.
A. kecil hati B. buah hati
C. ada hati D. patah hati
775. “Kalaulah kamu semua ______, sampai bila-bila pun kamu tidak dapat
bertukar-tukar fikiran sesama sendiri,” kata Cikgu Ali.
A. berat hati B. jahat mulut
C. berat mulut D. mulut tempayan
776. Pasangan itu telah mengambil Suraini sebagai _______ mereka.
A. anak emas B. anak angkat
C. anak buah D. anak tiri
777. Usahkan menjala, _____ jala pun Badrul tidak tahu.
A. menyulam B. menampal
C. menebar D. menjahit
778. Dari jauh kelihatan asap _______ dari serombong kapal itu.
A. mengumpul B. mengepul
C. membumbung D. mengarak
779. Anjing itu ______ tulang yang dilemparkan oleh tuannya.
A. menggigit B. mengulum
C. mencakup D. menggongong
780. Sebelum memanjat pokok kelapa itu, Wan ______ batangnya dengan
parang.
A. mengerat B. menakik
C. menghiris D. menggaris
781. “Carilah kerja _______ menunggu keputusan peperiksaanmu
diumumkan,” ibu menasihati Azman.
A. walaupun B. dengan
C. ketika D. sementara
782. Pondok itu runtuh _____dipukul ribut yang kencang.
A. ketika B. bila
C. apabila D. sebelum
783. Kerajaan telah banyak mendirikan kilang untuk menggalakkan
pembangunan ekonomi, ______ tidak banyak belia yang merebut
peluang ini.
A. namun demikian B. bahkan
C. justeru itu D. sedangkan
784. _______ sepupunya______kawan rapatnya, tiada sesiapapun yang
tahu ke mana dia pergi.
A. Lantaran … mahupun B. Namun…pun
C. Baik… mahupun D. Lagipun…juga
785. Ayah membeli ______ nasi lemak dan beberapa ________ pulut seri
muka.
A. sebungkus …… potong
B. sebungkus….. jemput
C. sebungkus….hiris
D. sebungkus…helai
786. Walaupun kesiangan, dia sempat makan ______ lemang dan _______
kuih talam.
A. seketul…..sekeping
B. sepotong…..sekeping
C. seruas….sebentuk
D. sepotong….sehiris
787. Dia diibaratkan sebagai ______ kerana senantiasa tidak berupaya
menyimpan rahsia.
A. tin kosong
B. mulut tempayan
C. pekak badak
D. mulut murai
788. Pemandu bas ______ apabila melihat penumpang-penumpang itu
berebut-rebut hendak menaiki bas.
A. naik nagin
B. pilih kasih
C. senyum kambing
D. pedih hati
789. Semoga kita akan ______ masalah ancaman musuh lagi.
A. menghadap B. berhadap
C. hadapan D. menghadapi
790. Kakak sering ______ akan peristiwa sedih yang menimpanya dua
tahun yang lalu.
A. kenangan B. mengenang
C. terkenang D. dikenangkan
791. Para pelajar _______ melakukan perkara-perkara yang tidak sopan.
A. disanggah B. ditahan
C. dibangkang D. ditegah
792. Dalam ekspedisi berakit itu, kami terpaksa _______pelbagai cabaran.
A. mengikuti B. mengharungi
C. menjalani D. mendalami
793. Pakaian adik _______ kerana bermain dalam hujan.
A. comot-momot B. compang-camping
C. kusut-masai D. kacau-bilau
794. Datuk Seri Dr. Mahathir akan tiba di Indonesia esok. __________ akan
bertemu dengan Presiden Abdurrahman Wahid.
A. Baginda B. Dia
C. Mereka D. Beliau
795. Mak Timah memerlukan beberapa _______ rotan untuk menyiapkan
bakul itu.
A. batang B. kerat
C. utas D. puntung
796. Kami mendapati bahawa beberapa _______ kertas dan beberapa
_______ majalah bertaburan di atas mejanya.
A. keping…buah B. helai…buah
C. helai…naskhah D. lembar…keping
797. Para penonton tidak berpuas hati akan keputusan pengadil itu kerana
dianggap ______.
A. berat sebelah B. berat tangan
C. berat pulut D. berat hati
798. Encik Wahid ________ ke syarikat lain kerana mendapat tawaran yang
lebih lumayan.
A. mengambil angin B. mengadu untung
C. mengikut telunjuk D. beralih angin
799. Anak Puan Salmiah sungguh ______ bercakap walaupun baru berusia
empat tahun.
A. fasih B. tangkas
C. cekap D. petah
800. Pulut yang ________nya belum masak.
A. dimasak B. ditanak
C. dijerang D. direbus
CONGAK TATABAHASA 17
801. Puan Anita sedang ________ bawang di dapur.
A. membelah B. mencencang
C. mengiris D. memotong
802. Beberapa orang _____ Rusia telah berjaya mendarat di planet Marikh.
A. angkasawan B. usahawan
C. bangsawan D. wartawan
803. Manap dan kawannya masuk ke dalam dewan ________ Guru Besar
sedang berucap.
A. tatkala B. manakala
C. malahan D. hingga
804. ______ lama ______ jelas tangisan bayi itu kami dengar.
A. Entah…entah B. Baik…baik
C. Kian…kian D. Baik…ataupun
805. Kapal terbang dari Manila dijangka ______ tidak lama lagi.
A. mendarat B. pendaratan
C. berdarat D. daratan
806. “Leong dan Leng sudah berbaik-baik. _______ datang ke rumah saya
tadi,” kata Aziz kepada Wahid.
A. Dia B. Mereka
C. Kita D. Ia
807. Hidupnya _______ sejak kematian kedua-dua ibu bapanya.
A. bolak-balik B. bongkar-bangkir
C. kucar-kacir D. terumbang-ambing
808. Adik meninggalkan ________ pulut dan ________ telur rebus dalam
pinggan untuk abang.
A. sepinggan…secebis
B. segenggam…seulas
C. setompok…sebutir
D. sekepal…sebiji
809. Beberapa _______ rebung dijual di pasar tani itu.
A. batang B. pucuk
C. kerat D. potong
810. Hanya ______ pakaian dan _______ kasut yang tinggal pada Badar
selepas kemalangan itu.
A. sehelai…sebuah B. sebuah…sebuah
C. sepasang…sepasang D. sehelai..sehelai
811. Wanita itu _______ agaknya kerana sanggup mendera anak sendiri.
A. isi hati B. hilang akal
C. berat hati D. buta hati
812. Walaupun Nazri tidak _______ kakaknya, namun dia tetap berusaha.
A. kepandaian B. pandai
C. terpandai D. sepandai
813. Sejak sekian lama abang ________ mengumpulkan wang untuk
membeli rumah.
A. berjinak-jinak B. berengsot-engsot
C. berhati-hati D. berdikit-dikit
814. Abu _______ buah jambu itu dengan galah.
A. menjolok B. mencucuk
C. merodok D. merentap
815. Rahim terpilih untuk _______ pihak sekolah dalam pertandingan
pidato.
A. menyertai B. mendampingi
C. mewakili D. mengelapai
816. Orang ramai berpusu-pusu datang untuk ________ helikopter yang
terhempas itu.
A. menonton B. menyaksikan
C. mengintai D. meneliti
817. Abang membuat persediaan yang rapi sebelum ________ temuduga
itu.
A. mengharungi B. mengalami
C. mendalami D. menjalani
818. Perdana Menteri ________ projek Malaysia- Everest di Dataran
Merdeka.
A. melangsungkan B. melancarkan
C. mengadakan D. memutuskan
819. Encik Halim menyuruh _______ Khari _______ Shamri menghantar
barang-barang itu.
A. walaupun…namun
B. baik…baik
C. sama ada…ataupun
D. sedangkan…inikan pula
820. Di _________nya basikal yang bocor tayarnya itu.
A. bimbing B. tonton
C. kelek D. tuntun
821. Masih ada _______ rambutan yang belum dibeli orang.
A. segumpal B. setandan
C. setangkai D. setompok
822. Setiap pagi emak membeli _______ surat khabar dan _______ susu
apabila pulang dari pasar.
A. sehelai…sebiji B. senaskhah..sebotol
C. sepasang…sebiji D. sehelai…sebotol
823. Ishak dan Zaidi _________ untuk mempertahankan hujah masing-
masing.
A. lidah bercabang B. lembut lidah
C. bertikam lidah D. berlidah biawak
824. Pegawai yang ______ itu sudah ditangkap oleh polis.
A. makan hati B. makan suap
C. makan diri D. makan angkat
825. Encik Murad membeli tiga ______ mata kail di kedai Encik Radzi.
A. batang B. bentuk
C. biji D. buah
826. Puan Norlia memberikan lima ______ jagung dan se______ pisang
kepada kami.
A. biji…sisir B. ulas…tandan
C. gugus…sikat D. tongkol…sikat
827. ________ guru, anda hendaklah menunjukkan teladan yang baik
kepada masyarakat.
A. Pada B. Sebagai
C. Daripada D. Untuk
828. Hati Maznita ______ oleh sindiran Azmi.
A.. tersentak B. tersinggung
C. tercuit D. terasa
829. Tin itu perlu ditutup dengan kemas supaya biskut di dalamnya tidak
________.
A. lembik B. rangup
C. hapak D. lemau
830. Warna kain batik itu sudah ________ kerana selalu dipakainya.
A. kusut B. kelam
C. kusam D. suram
831. Peraturan yang termeterai itu harus _______ dengan segera.
A. diusahakan B. dilakukan
C. diselenggarakan D. dilaksanakan
832. Wanita itu _______ muatan ketika mendaki Gunung Kinabalu.
A. menggalas B. menjinjing
C. mengepit D. mengelek
833. Kami akan _______ Samy untuk memegang jawatan pengerusi.
A. calonkan B. dicalon
C. mencalon D. mencalonkan
834. Segala urusan perniagaan Encik Azmi ________ oleh anak sulungnya.
A. dikendali B. berkendali
C. kendalian D. dikendalikan
835. _______ dia daripada kalangan keluarga yang mewah, ________ dia
tidak megah akan kekayaannya itu.
A. Baik…tetapi B. Walaupun…namun
C. Kerana…maka D. Sungguhpun maka
836. Walaupun orang itu kaya, tetapi dia ______ kerana tidak pernah
menghulurkan derma.
A. keras kepala B. tangkai jering
C. lintah darat D. gila bahasa
837. Puan Tan membeli se______ pisang nangka untuk digoreng petang
nanti.
A. tangkai B. sisir
C. buah D. gugus
838. Se_______ bomba berusaha memadamkan kebakaran yang hampir
memusnahkan se_______ rumah kedai itu.
A. orang…buah B. pasukan…deret
C. gerombolan…pintu D. kumpulan..biji
839. “Marilah _______ siapkan kerja ini secepat mungkin,” kata ketua
darjah kepada rakan-rakannya.
A. kita B. kami
C. mereka D. saya
840. Kami banyak memperoleh manfaat ______ ceramah yang disampaikan
________ Dr. Maznah.
A. daripada…kepada B. dari…untuk
C. dari…oleh D. daripada…oleh
841. Pemuzik itu ______ biola semasa mengiringi penyanyi terkenal itu.
A. memetik B. mengetuk
C. menggesek D. memukul
842. Shakilah dan kakaknya sibuk ______ langsir tingkap.
A. memasang B. melekat
C. membubuh D. menyidai
843. Barang kemas yang tersimpan di dalam laci itu sudah _______
semalam.
A. resap B. lesap
C. larut D. susut
844. Sup sayur itu tidak dapat dihirupnya kerana terlalu ________.
A. suam B. panas
C. sejuk D. dingin
845. Semua rakyat perlulah bersatu padu untuk mewujudkan ________ di
negara ini.
A. beraman B. diamankan
C. mengamankan D. keamanan
846. Baik dia mahupun Hafiz tidak akan saya ________ dalam hal ini.
A. salahkan B. menyalahi
C. disalahkan D. salahi
847. Cerita tentang “orang minyak” yang dihebohkan oleh orang kampung
itu _______ betul _______ tidak.
A. baik..baik B. entah…entah
C. kian…kian D. semakin…atau
848. Osmanlah yang menjadi ________ dalam projek Derma Darah ini.
A. titik peluh B. terang hati
C. akal kancil D. tulang belakang
849. _______ itu diterbitkan oleh syarikat kami.
A. Majalah B. Cerita
C. Surat D. Pejabat
850. Ketika kejadian itu, _______ turun dengan lebat sekali.
A. ribut B. salji
C. hujan D. taufan
CONGAK TATABAHASA 18
851. Budak itu mati kerana sebutir _________ menembusi dadanya.
A. batu B. peluru
C. senapang D. pisau
852. Saya dan Ahmad hendak ke perpustakaan. _______ ingin meminjam
buku.
A. Kita B. Kami
C. Mereka D. Saya
853. “Titah______ itu sudah patik laksanakan,” kata Bendahara Tun Perak
kepada Sultan
Mahmud.
A. beta B. baginda
C. beliau D. tuanku
854. Akan ______ hadapi segala cabaran dengan tabah.
A. mu B. ku
C. kau D. nya
855. Saudagar-saudagar itu dari _______?
A. mana B. berapa
C. apa D. siapa
856. Jillian bertanya kepada emaknya, “Yang datang pagi tadi _______?”
A. apa B. siapa
C. bila D. mengapa
857. “Hanim, mari ke _______ dan ambil buku ini,” kata Cikgu Kasnah.
A. sini B. situ
C. mana D. sana
858. Miza terus menangis. Dia tidak mempedulikan nasihat ________ lagi.
A. mana-mana B. siapa-siapa
C. bila-bila D. apa-apa
859. Petani itu menggunakan beberapa _______ dawai untuk mengikat
tiang itu.
A. urat B. bilah
C. lembar D. utas
860. Di dalam stor itu ada beberapa _________ surat khabar dan majalah
lama.
A. helai B. keping
C. naskhah D. buku
861. Pihak polis telah menemukan se______ kunci dan se_____ pistol di
dalam laci itu.
A. buah…laras B. jambak…pucuk
C. batang…bilah D. butir…pucuk
862. Naimah menghadiahi adiknya se_______ baju kurung dan se _______
selendang.
A. pasang…keping B. buah…helai
C. pasang…helai D. helai…helai
863. Selendang biru ini ________ kakaknya.
A. kepada B. untuk
C. pada D. terhadap
864. Kita harus patuh ________ undang-undang negara.
A. dengan B. untuk
C. bagi D. kepada
865. Ah Hai tinggal dengan neneknya ________ sepuluh tahun dahulu.
A. sejak B. hingga
C. dari D. daripada
866. Para penonton berasa _______ melihat kecekapan penunggang
motosikal itu.
A. suka B. girang
C. sayu D. kagum
867. Puan Saodah kelihatan ________ kerana anak bongsunya belum
pulang lagi.
A. bosan B. hampa
C. gelisah D. sah
868. Aliah selalu menjadi tempat rujukan kawan-kawan sekelasnya kerana
dia merupakan murid yang amat ________ di dalam kelas Enam
Mawar.
A. cerdas B. bingung
C. aneh D. pantas
869. Buah mangga yang dibeli oleh abang itu sangat ________.
A. kelat B. masam
C. payau D. tawar
870. _________ sungguh Hang Tuah menentang orang yang mengamuk itu.
A. Gentar B. Tenang
C. Tegap D. Berani
871. Semua pemimpin akan ________ tentang perkara itu terlebih dahulu.
A. berbual B. bertelagah
C. berunding D. bercakap
872. Cikgu Azhan akan _________ ke Alor Setar pada minggu hadapan.
A. beralih B. berubah
C. berpindah D. berganjak
873. Emak sedang ________ kopi untuk ayah yang baru pulang dari
pejabat.
A. mengadun B. memasak
C. merencah D. membancuh
874. Puan Azimah _______ nasi tomato untuk kawan-kawannya.
A. memberikan B. menghidangkan
C. membuatkan D. menghulurkan
875. Dia berkata _______ semata-mata untuk menyelamatkan diri.
A. entah-entah B. seketika
C. begini D. demikian
876. Ayah masuk ke bilik ________ bersalin pakaian.
A. maka B. lalu
C. sementara D. atau
877. _______ hari _______ banyak anak gadis Melayu yang memakai
tudung untuk mematuhi hukum agama Islam.
A. Sungguhpun…namun
B. Kian…kian
C. Entah…entah
D. Baik…mahupun
878. Soalan itu sangat sukar, _______ Halim yang bijak pun tidak dapat
menjawabnya ________ Saad.
A. baik…mahupun
B. entah…entah
C. bukan saja…bahkan pula
D. sedangkan…..apatah lagi
879. Sultan Terengganu telah berangkat. ______ diiringi oleh Menteri
Besar.
A. Beta B. Tuanku
C. Baginda D. Beliau
880. Lelaki itu dijatuhi hukuman gantung. _____ didapati bersalah kerana
mengedar dadah.
A. Dia B. Kamu
C. Mereka D. Beliau
881. ________ kambing sedang meragut rumput di kawasan lapang itu.
A. Sekawan B. Segerombolan
C. Seangkatan D. Sekumpulan
882. Untuk membuat biskut ini, kita memerlukan dua ________ telur saja.
A. butir B. longgok
C. buah D. kotak
883. Puan Sharozat menghadiahkan se______ rantai mutiara kepada
naknya.
A. utas B. urat
C. buah D. kotak
884. Beberapa _______ kayu api dan beberapa ________ papan disusun di
atas para di bawah rumah.
A. batang…batang B. puntung…keping
C. ketul…keping D. batang…kaki
885. Tok bidan Miza mengambil se_______ daun sirih dan se _______
pinang lalu dijampinya.
A. helai…ulas B. longgok…tandan
C. ikat…biji D. keping…biji
886. Para penonton terpegun ________ suaranya yang merdu itu.
A. tentang B. pada
C. oleh D. dengan
887. Sepanjang perjalanan ke Ipoh, kami bercerita _______ pengalaman
masing-masing.
A. akan B. pada
C. tentang D. dengan
888. Minyak masak ini tidak boleh digunakan lagi kerana sudah berbau
_________.
A. tengik B. busuk
C. hapak D. basi
889. Biskut yang ______ itu sedap rasanya.
A. gembur B. rangup
C. rapuh D. lembut
890. Pohon yang _______ ke arah balai raya itu akan ditebang.
A. serong B. bengkok
C. bongkok D. condong
891. Pihak kastam telah ______ beberapa buah kereta mewah yang dibawa
secara haram.
A. menyambar B. mengambil
C. merenggut D. merampas
892. Kita mesti sampai di sana sebelum matahari _________.
A. keluar B. muncul
C. terbit D. tampil
893. Ibu ________ sebiji pil untuk melegakan sakit kepala.
A. meneguk B. memakan
C. menelan D. menghisap
894. Membaca adalah suatu _______ yang baik.
A. suruhan B. arahan
C. amalan D. buatan
895. _______ tangannya cacat, ______ Rokiah cekap membuat kerja
rumah.
A. Bukan saja… bahkan juga
B. Sedangkan… apatah lagi
C. Entah…entah
D. Sungguhpun…namun
896. _______ para ibu bapa ________ para guru mestilah bekerjasama
menangani masalah pelajar.
A. Walaupun…tetapi
B. Bukan saja… namun
C. Baik… mahupun
D. Kian… kian
897. Negara kita tidak lagi menghadapi masalah _________ pengganas.
A. terancam B. ancaman
C. mengancam D. diancam
898. Perniagaan Encik Hamid berkembang maju kerana dia merupakan
_______ yang gigih dan tabah.
A. usahawan B. hartawan
C. negarawan D. sasterawan
899. Nani tidak ________ di Wisma Damansara lagi.
A. pekerja B. kerja
C. pekerjaan D. bekerja
900. Orang kampung saya suka berkebun dan ________ kambing.
A. beternak B. menernak
C. ternakan D. peternakan
CONGAK TATABAHASA 19
901. ________ hektar tanah yang terbiar di kampung itu sudah diusahakan.
A. Berpuluh-puluh B. Berpuluh
C. Puluhan D. Puluh-puluhan
902. Fauziah ________ ke majlis perkahwinan itu.
A. menyelendang B. berselendang
C. menyelendangkan D. berselendangan
903. Nenek gembira apabila ______ saya datang.
A. lihatkan B. dilihat
C. melihat D. kelihatan
904. Barang yang berat itu tidak ____ oleh adik.
A. mengangkat B. berangkat
C. diangkat D. terangkat
905. Ah Linlah yang _______ antara kami.
A. terpandai B. kepandaian
C. memandai-mandai D. pandai
906. Iskandar berlanggan majalah ________ terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka.
A. bulan-bulan B. bulanan
C. bulan D. berbulan-bulan
907. Masyitah dipilih sebagai _______ dalam majlis sukan peringkat negeri
itu.
A. olahragawati B. olahraga
C. olahragawan D. peragawati
908. Encik Vellu sedang mengikuti kursus dalam bidang ________ di
Institut Tadbiran Awam Negara.
A. urusan B. pengurusan
C. pengurus D. menguruskan
909. Pada _______ saya, buku ini akan mendapat sambutan yang baik.
A. mendapat B. mendapati
C. pendapat D. pendapatan
910. Sampah sarap _______ kawasan di belakang rumah.
A. mengotorkan B. mengotori
C. dikotorkan D. dikotori
911. Abang ______ kakak sebuah kereta.
A. hadiahkan B. menghadiahi
C. menghadiahkan D. dihadiahkan
912. Kita tidak dapat mengetepikan orang tua kerana kebolehan mereka
_______.
A. diyakini B. diyakinkan
C. keyakinan D. meyakini
913. Ibu _______ nasi yang sejuk itu.
A. memanaskan B. mempanaskan
C. memanasi D. mempanasi
914. Salimah _______ meja kecil itu.
A. beralas B. mengalaskan
C. mengalas D. alaskan
915 Bunga kekwa itu _______ satu persatu oleh kakak.
A. disunting B. disuntingkan
C. menyunting D. penyuntingan
916. Johan menceritakan ________ masa lampaunya kepada anak-anaknya.
A. susah B. kesusahan
C. menyusahkan D. disusahkan
917. Syafiq terpesona melihat padi yang _______ di sepanjang
perjalanannya ke Alor Setar.
A. kekuningan B. menguningkan
C. menguning D. dikuningkan
918. Kamarul berasa sukar mencari _______ yang murah di Petaling Jaya.
A. menginap B. inap
C. penginapan D. penginap
919. Kakak membasuh _______ yang melekat pada baju adik.
A. terkotor B. kotor
C. dikotor D. kotoran
920. Pengembara itu tidur _______ lengan.
A. dibantalkan B. bantalkan
C. membantalkan D. berbantalkan
921. Luka yang tidak berbalut mudah _______ kuman.
A. dijangkitkan B. dijangkiti
C. dijangkit D. berjangkit
922. Wanita itu ______ anaknya sambil membancuh air.
A. mendukungi B. dukungan
C. mendukung D. berdukung
923. Makanan yang _______ akan dihinggapi lalat.
A. dedahan B. dedah
C. mendedah D. terdedah
924. Jasa pahlawan negara hendaklah kita _______.
A. hargakan B. hargai
C. berharga D. menghargakan
925. “Dengan segala hormatnya dijemput Pegawai Daerah menyampaikan
sepatah dua kata,” kata _______ majlis itu.
A. beracara B. mengacarakan
C. juruacara D. diacarakan
926. Puan Noriah menggunakan _______ santan untuk menapis santan.
A. tapisan B. bertapis
C. tertapis D. penapis
927. _________ Menteri Besar itu disambut dengan meriah oleh penduduk
kampung.
A. Datangkan B. Didatangi
C. Kedatangan D. Mendatangi
928. Ketua kampung ________ untuk mengadakan gotong-royong
membersihkan kawasan kampung.
A. bercadang B. dicadangkan
C. mencadangkan D. cadangan
929. “Berilah ________ yang sewajarnya kepada anak-anak,” kata Pegawai
Daerah.
A. pembimbing B. dibimbing
C. bimbingan D. membimbing
930. ________ motosikal itu cedera parah dalam kemalangan itu.
A. Penunggang B. Menunggang
C. Tunggangan D. Ditunggang
931. Doktor Farid memberikan ________ tentang penyakit kanser.
A. menerangkan B. terangkan
C. penerang D. penerangan
932. Seorang penenun yang mahir pun mungkin membuat _______ ketika
menenun.
A. silapan B. disilapkan
C. tersilap D. kesilapan
933. Semua orang patut menjaga _______ supaya kesihatan terjamin.
A. membersihkan B. kebersihan
C. pembersih D. terbersih
934. Pihak penganjur menyediakan ________ yang selesa untuk para
peserta.
A. menginap B. penginapan
C. penginap D. bernginap
935. Saya dan Ali belajar ________ daripada Tuk Guru Malim.
A. menyilat B. disilat
C. bersilat D. silat
936. Sejak malam kelmarin lagi penduduk kampung itu _______ kerana
bekalan elektrik terputus.
A. bergelap B. menggelap
C. bergelapan D. digelapkan
937. Hubungan saya dengannya semakin renggang sejak tinggal ________.
A. menjauhkan B. berjauh
C. menjauhi D. berjauhan
938. Istana itu telah ________ oleh William Kellie untuk isterinya.
A. dibina B. dibinakan
C. membina D. terbina
939. Dalam hal ini, ________ budak itu didapati bersalah.
A. ketiga B. bertiga
C. bertiga-tiga D. ketiga-tiga
940. Kain ______ lantai itu sudah dijemur oleh adik.
A. dilapkan B. lapkan
C. mengelap D. pengelap
941. Para belia diseru ________ diri dalam bidang pertanian.
A. terlibat B. dilibatkan
C. melibatkan D. penglibatan
942. Ulat sutera diternak untuk tujuan _______.
A. perdagangan B. dagangan
C. berdagang D. mendagang
943. Sikap Cikgu Yong yang penyayang itu menyebabkan semua murid
________nya.
A. menyukai B. suka
C. disukai D. bersuka
944. Muhammad Ali merupakan _______ yang hebat pada tahun 70-an.
A. bertinju B. petinju
C. ditinju D. meninju
945. Mesyuarat itu tidak dapat saya ________.
A. dihadiri B. menghadiri
C. hadirkan D. hadiri
946. Bendera itu harus kamu naikkan sebaik saja lagu kebangsaan
__________.
A. dimainkan B. bermain
C. dimain D. main
947. Teknik pembelajaran yang kamu _______ itu baik sekali.
A. amali B. amalkan
C. pengamal D. diamalkan
948. “________lah para pelanggan dengan mesra,” kata pengurus itu
kepada pekerjanya.
A. Layanan B. Layani
C. Layankan D. Melayan
949. _______ tingkap itu sudah reput.
A. Sumpah-sumpah B. Angkut-angkut
C. Kisi-kisi D. Api-api
950. Ibu menuang air ke dalam ________ itu.
A. berang-berang B. labu-labu
C. dekak-dekak D. epok-epok
CONGAK TATABAHASA 20
951. Datuk Swee Lai menggunakan _______ untuk mengira hasil jualan
getahnya.
A. epok-epok B. undang-undang
C. dekak-dekak D. kuda-kuda
952. Bapa membuang sarang ________ pada tiang rumah itu.
A. kunang-kunang B. beri-beri
C. angkut-angkut D. kuda-kuda
953. Ada ________ bahawa Encik Malik akan menggantikan jawatan Encik
Ridzuan.
A. mata-mata B. ura-ura
C. kura-kura D. undang-undang
954. _________ itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
A. Budak-budak B. Gadis-gadis
C. Pelajar-pelajar D. Guru-guru
955. Dia mengaku bahawa _______ yang dikatakannya itu benar.
A. apa-apa B. siapa-siapa
C. mana-mana D. bila-bila
956. “Fikirkanlah perkara itu ________ sebelum kamu membuat
keputusan,” kata ibu kepada Nana.
A. masak-masak B. hidup-hidup
C. benar-benar D. bulat-bulat
957. Jalan untuk ke rumah Salleh _________.
A. hiruk-pikuk B. lekak-lekuk
C. compang-camping D. kusut-masai
958. Rumah di kawasan itu _______ belaka.
A. cantik-cantik B. molek-molek
C. manis-manis D. comel-comel
959. Janganlah kamu mengharapkan. derma daripadanya. Dia itu ______.
A batu api B berat tulang
C pilih kasih D tangkai jering
960. Hanya mereka yang_______ saja yang dapat menjawab teka-teki ini.
A otak udang B otak cair
C.otak kering D otak lembu
961. Jangan kamu usik Alina lagl. Dia sedang___________.
A besar hati B. gila bahasa
C naik angin D. buta hati
962. Rusli memperkenalkan ______nya ke-pada kedua-dua orang tuanya.
A darah daging B. anak buah
C batu api D. buah hati
963. Ai Lin________ apabila gagal mendapat jawatan yang diharapkanya.
A putih mata B mengambil hati
C menarik diri D tebal buku
964. Aku _____ untuk menerima tawaran itu.
A patah hati B berat hati
C habis akal D buta hati
965. Budin ________ hendak menceburi bidang perniagaan.
A ada hati B batu loncatan
C hati batu D ada angin
966. Sarnbil menangis Ainon mencurahkan_________nya kepada kami.
A sakit hati B berat hati
C besar hati D isi hati
967. Telatah badut itu__________ kanak-kanak hingga mereka tertawa
berdekah-dekah.
A mencuit hati B menarik hati
C mengambil hati D mencuci mata
968. Pemuda itu sanggup_______ untuk menyelamatkan kanak-kanak yang
terperangkap dalam kebakaran itu.
A nyawa ikan B bertegang leher
C bergadai nyawa D berhutang nyawa
969. Sudah ______ Mak Jah berusaha memulihkan pesakit itu.
A habis akal B harga diri
C keras kepala D rambang mata
970. Nazifah adalah satu-satunya_________Pak Abu.
A ibu pertiwi B puteri lilin
C darah daging D kutu embun
971. Pencuri itu masuk ke dalam rumah ketika Encik Leong sedang ______.
A tidur-tidur ayam B mengabul mata
C menyerang hendap D mengalih langkah
972. Mereka________ kerana masing-masing mahu membuktikan
kebenaran kata-kata mereka.
A bertikam keris B bertikam lidah .
C kepala angin D lidah biawak
973. Suasana di pasar malam itu____________ dengan suara ara pembeli
dan para peniaga.
A tunggang-langgang B.haru-biru
C kacau-bilau D hingar-bingar
976. _____ di lembah itu sesuai untuk tanaman padi.
A Kayu-kayan B Gunung-ganang
C Tanah-tanih D Batu-batan
977. Beberapa orang pelajar mengalami _____ selepas makan di dewan makan asrama pagi tadi.
A serbah-serbih B hiruk-pikuk
C kacau-bilau D cirit-birit
978. Walaupun telah sembuh daripada demam, wajahTina masih _____.
A segar-bugar B licin-licau
B pucat-lesi D kurus-kering
979. Pelancong itu tertarik oleh sikap________penduduk Malaysia.
A ramah-tamah B haru-biru
C riuh-rendah D gopoh-gapah
979. Istiadat perkahwinan. diraja yang _______ tu dihadiri oleh orang-orang kenamaan dari dalam dan luar negeri.
A porak-peranda B gilang-gemilang
C terang-benderang D riuh-rendah
980. Encik Maniam_________nya sambil berfikir.
A gundah-gulana B mundar-mandir
C lalu-lalang D kacau-bilau
981. Rita menangis__________ kerana gagal dalam ujian memandu.
A terpinga-pinga B tercungap-cungap
C Tersedu-sedan D terbahak-bahak
983. Peserta dari Brunei terpaksa ______dalam acara itu kerana kakinya
tercedera.
A mengangkat kaki B memeras keringat
C menarik diri D mengangkat diri
984. "Segala rezeki yang saya peroleh ini adalah daripada ______ saya
sendiri,"kata Pak Manan.
A titik peluh B memeras keringat
C tulang belakang D buah tangan
985. Shafik tidak suka apabila ibu bapanyamengambil Tahir sebagai
______.
A anak dara C anak buah
B anak ayah D anak angkat
986. Dia berasa________ apabila mendengar penghinaan yang dilemparkah
kepadanya.
A tawar hati C murah hati
B panas hati D terang hati
987. Kakak__________ untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan.
A mengambil hati B memasang telinga
C memeras otak D membawa diri
988. Pak Samad tidak banyak mempunyai kawan di kampung itu kerana
sikapnya __________.
. A pekak badak B rabun ayam
C kera sumbang D kucing kurap
989. "Kamu ini memang ______! Semua percakapan orong, kamu dapat
dengar,"kata Marina kepadaZahari.
A mulut mural B telinga nipis
C telinga lintah D telinga kuali
990. Mak Cik Senah________ apabila melihat anaknya dihanyutkan oleh
air sungai yang deras itu.
A hilang arah B hilang anak
C hilang nyawa D hilang akal
991. Abang Musa akan menghadiri________di syarikat itu pada esok pagi.
A temu janji B temu muka
B temu ramah D temu duga
992. Abang Karim ________ untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur.
A cekal hati B patah hat
C bulat hati D ada hati
993. Kami__________untuk makan di situ kerana kawasan sekitarnya
kurang bersih.
A tawar hati B keci! hati
C besar hati D ambil hati
994. Masalah itu tidak dapat diselesaikan dan menemui ______.
A jalan buntu B jalan cerita
B jalan mati D jalan masuk
995. Para pemain keluar dari padang dalam keadaan ______ kerana
keletihan.
A jerih payah B lemah longlai
C lemah lembut D susah payah
996. Anak Puan Saerah sungguh_____ bercakap walaupun baru berusia
empat tahun.
A fasih B cekap
C tangkas D petah
997. Beberapa orang __________berjaya mendarat dl planet Marikh.
A angkasawan B usahawan
C bangsawan D wartawan .
998. Maniam dan kawannya masuk ke dalam dewan _____ Guru Besar
sedang berucap.
A tatkala B malahan
B manakala D hingga
999. Kapal terbang dari Manila dijangka _________ tidak lama lagi.
A mendarat B berdarat
C pendaratan D daratan
1000."Leong , dan Lim sudah berbaik-baik.________ datang ke rumah saya
tadi,"kata Aziz kepada Wahab.
A Dia . B Kita
C Mereka D Ia
KEPUTUSAN LATIHAN CONGAK TATABAHASA