Sunday, April 8, 2012

MEMILIH SOALAN KEPADA JAWAPAN

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada jawapan yang bergaris.

1 Saya akan pergi bercuti ke Pulau Langkawi selama seminggu.

A Mengapakah kamu hendak pergi bercuti ke Pulau Langkawi.?

B Dengan siapakah kamu akan pergi ke Pulau Langkawi?

C Berapa lamakah kamu akan bercuti di Pulau Langkawi?

D Apakah tujuan kamu pergi bercuti di Pulau Langkawi?

2 Dua biji durian itu beratnya enam kilogram.

A Beratkah dua biji durian itu?

B Adakah dua biji durian itu enam kilogram?

C Berapakah berat dua biji durian itu?

D Bagaimanakah kamu tahu berat dua biji durian itu?

3 Murid-murid sekolah rendah boleh menyertai pertandingan melukis ini.

A Siapakah yang boleh menyertai pertandingan melukis ini?

B Betulkah kanak-kanak sekolah boleh menyertai pertandingan melukis ini?

C Kepada siapa pertandingan melukis ini dikhaskan?

D Adakah pertandingan melukis ini layak untuk kanak-kanak?

4 Ah Wai memulakan perniagaannya dengan mencagarkan tanah pusakanya.

A Bolehkah Ah Wai memulakan perniagaannya dengan mencagarkan tanah pusakanya itu?

B Bilakah Ah Wai memulakan perniagaannya?

C Siapakah yang memulakan perniagaan dengan mencagarkan tanah pusakanya?

D Bagaimanakah Ah Wai memperoleh wang untuk memulakan perniagaannya?

5 “Ya, saya yang memanjat pokok mangga itu!” jawab Yasin.

A Siapakah yang memanjat pokok mangga itu?

B Mengapakah kamu memanjat pokok mangga itu?

C Adakah kamu yang memanjat pokok mangga itu?

D Apakah pokok mangga itu kamu panjat?

6 Abang Faizal pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.

A Ke manakah abang Faizal pergi?

B Siapakah yang pergi ke perpustakaan?

C Bilakah abang Faizal pergi ke perpustakaan?

D Mengapakah abang Faizal pergi ke perpustakaan?

7 Saya tidak tahu nama tempat itu.

A Mengapakah tempat itu tidak ada nama?

B Bilakah tempat itu mendapat namanya?

C Apakah nama tempat itu?

D Manakah nama tempat itu?

8 Saya membuat kuih itu semalam.

A Siapakah yang membuat kuih itu?

B Bilakah kamu membuat kuih itu?

C Betulkah awak yang membuat kuih itu?

D Sudahkah kamu membuat kuih itu?

9 Farid belum pernah melawat ke Singapura.

A Adakah Farid melawat ke Singapura semasa cuti sekolah?

B Bilakah Farid akan melawat ke Singapura?

C Pernahkah Farid melawat ke Singapura?

D Adakah Farid ingin melawat ke Singapura?

10 Jawapan awak itu salah, tambahan pula awak tidak memberi alasan yang kukuh.

A Mengapakah jawapan awak salah?

B Bagaimanakah jawapan awak boleh salah?

C Apakah jawapan saya boleh salah?

D Mengapakah jawapan saya salah?

11 Kami mungkin akan melawatnya petang ini sebelum tamatnya waktu melawat.

A Bilakah kamu semua akan melawatnya?

B Mengapakah kamu melawatnya?

C Apakah yang kamu akan buat petang ini?

D Di manakah kamu akan melawatnya?

12 Kita mesti menghormati ibu dan bapa kerana mereka menjaga dan mendidik kita dari kecil lagi.

A Bagaimanakah kita menjaga ibu dan bapa kita?

B Siapakah yang menjaga ibu dan bapa kita?

C Mengapakah kita mesti menghormati ibu dan bapa kita?

D Bila kita mesti menghormati ibu dan bapa kita?

13 Rosmi memetik bunga ros itu di taman bunga Puan Anisah.

A Bila Rosmi memetik bunga ros itu?

B Di manakah Rosmi memetik bunga ros itu?

C Siapa Rosmi yang memetik bunga ros itu?

D Bagaimanakah Rosmi memetik bunga ros itu?

14 Pekedai itu menjual barang-barang runcit.

A Bagaimana pekedai itu menjual barang-barang runcit?

B Di mana pekedai itu menjual barang-barang runcit?

C Apakah yang dijual oleh pekedai itu?

D Adakah barang-barang runcit yang dijual oleh pekedai itu?

15 Balkis pergi ke sekolah menaiki basikal bersama adiknya.

A Bagaimana Balkis pergi ke sekolah dan bersama siapakah dia pergi?

B Bagaimanakah Balkis pergi ke sekolah?

C Bersama siapa Balkis pergi ke sekolah?

D Di manakah Balkis dan adiknya pergi?


Jawapan:

1 C 2 C 3 A 4 D 5 C 6 D 7 C 8 B

9 C 10 D 11 A 12 C 13 B 14 C 15 A



No comments:

Post a Comment